bukit melati

Hiking Bukit Melati, Nilai.

Friday, March 24, 2017

Assalamualaikum 

Dah lama aku tak update. Last update pun pertengahan bulan januari tak silap aku. Sekarang aku dah start sibuk since dah dapat kerja ni. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kerja. 

Okay now aku nak cerita. Sabtu lepas aku pergi hiking dengan mama dan abah aku. Dua orang adik aku malas nak join haha aku ni suka aktiviti lasak so sebab tu aku join mama aku pergi hiking. Nak sihat la katekan. Sebelum ni aku dah pernah pergi hiking dekat bukit puchong tapi kali ni mama aku decide nak pergi hiking dekat nilai pulak sebab dekat dengan rumah la kot.

So sabtu tu aku bangun la awal eventho penat kerja seminggu tak hilang lagi. Aku gerak pergi sana around pukul 7.30 pagi then sampai sana around pukul 7.50 pagi. Sampai je terus cari tempat parking. And then kami terus hiking.

Nak jugak bergambar buat kenangan hewhew


Kalau korang nak pergi bukit melati dekat nilai ni korang search je bukit melati dekat dalam waze. Bukit melati ni dekat dengan tokong kecil warna putih. Aku lupa pulak nak snap gambar tokong tu.

Masa mula-mula start je dah kena mendaki terus tak macam dekat bukit puchong. Atleast time dekat bukit puchong tu laluan dia mula-mula mendatar lagi and then baru mendaki.

Ni laluan first dia.

Bukit melati ni ada 2 checkpoint iaitu first checkpoint and second checkpoint. Dekat sini aku nak cakap time hiking dekat first checkpoint bagi aku okay lagi tak ada la mencabar mana. Tapi mula-mula start je peluh aku dah keluar hahaha tapi first checkpoint tak de la banyak sangat mendaki dia.


Permandangan first checkpoint 


Bila korang dah sampai dekat first checkpoint, korang akan sambung ke second checkpoint. Siapa yang dah penat tak larat nak sambung ke second checkpoint boleh je turun balik. Tapi serius aku nak cakap dekat sini bahawa apabila korang nak sambung hiking ke second checkpoint, korang punya fizikal dan mental kena kuat. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab jalan dia ya Allah korang kali ni memang banyak mendaki je jalan mendatar sikit je.

Bagi aku laluan ke second checkpoint ni memang mencabar la. Bagi aku la tak tahu korang macam mana. Memang berpeluh habis la aku time daki second checkpoint. Rasa nak pitam pun ada jugak sebab rasa penat sangat. Tapi alhamdulillah sampai jugak dekat second checkpoint hahahaha

Permandangan second checkpoint

Aku rasa between bukit melati dengan bukit puchong, pada pendapat aku la aku rasa bukit puchong lagi mencabar la kot sebab jalan dia jauh sikit then jalan dia licin penuh lecak. Tapi bila korang dah sampai dekat puncak tu memang korang rasa puas hati sangat!

Okay then bila dah sampai dekat puncak mesti lah korang kena turun balik kan. Siapa tak nak balik rumah hahaha okay aku belanja gambar laluan balik dia pulak.



Bukit melati ni jalan dia tak ada jauh pun cuma korang kena banyak mendaki la. Aku rasa bukit melati ni still baru la kot sebab tak ramai lagi yang tahu.


Bila korang dah keluar daripada hutan tu, korang akan jumpa jalan straight macam gambar dekat atas ni. So korang jalan straight je dont belok-belok ye hihi korang jalan straight je sampai la nampak tokong putih tu balik.

Ermm okay next place for hiking maybe nak try dekat port dickson. Sebenarnya rumah aku sangat sangat dekat dengan bukit broga tapi entah la kenapa aku tak de rasa lagi nak pergi hiking dekat sana. Maybe sebab dekat sangat so aku fikir hari lain boleh pergi. Sekarang aku nak hiking dekat tempat jauh-jauh dulu huhuhu