Ingatkan nak jual Blackberry Curve ni tapi ....

Monday, December 02, 2013


sekarang dah masuk tengahari tapi cuaca tak macam tengahari disebabkan hujan . so nampak macam still pagi . and sekarang pon rasa sejuk sangat . so pada sesiapa yang tak mandi lagi sekarang ni , tak perlu kodd mandi . sebab tak akan bau busuk punyaaa :3

sekarang yaa  nak cerita ape erkk ? erm . sebenarnya sekarang ni yaa nak cerita something . 

beberapa bulan yang lepas ya.a baru jee beli hp Blackberry Curve 9220 warna putih . tujuan yaa beli hp tu sebab hp nokia yaa dah tak betul . bila yaa on , dalam masa lama sikit hp tuhh off tetiba padahal yaa tak off kan pon hp nokia tu . banyak jugak la problem hp nokia tu . 

disebabkan yaa sekarang pakai 2 no . pada asalnya yaa pakai 3 no hp tapi no. u-mobile yaa tak ingat letak mana -,- yaa dah try cari tapi still tak jumpa . *sedih

so sekarang yaa just pakai 2 no. iaitu sim maxis and sim digi #budyzzz ! sim maxis tu yaa guna dekat hp Xperia yaa and sim digi tuhh yaa guna dekat hp nokia yaa . disebabkan hp nokia yaa dah tak betul so yaa beli hp Blackberry . Actually saja nak rasa guna hp Blackberry and nak tergolong dalam BB user :p

Tapi Blackberry tu yaa beli yang 2hd punya . malas lahh nak beli yang baru . kalau beli yang baru , lebih baik beli Iphone . lagi berbaloi :p

so hp Blackberry tu yaa guna dekat no. digi . so far so good lahh pakai hp Blackberry tu sebab owner sebelum nihh ialah perempuan . memang dia jaga elok elok hp Blackberry nihh . still nampak baru and suci tau . yaa memang tabik lahh dengan akak tu . akak tu pon cakap hp Blackberry yang yaa beli daripada dia tu adalah hp yang dia paling sayang . tapi dia terpaksa jual sebab dia perlukan duit . yaa pulak perlukan hp :p

comel sangat tau hp blackberry dia . masa yaa cod dengan dia nak beli Blackberry dia tu , first time yaa tengok Blackberry dia , yaa dah jatuh cinta . hahaha . so yaa terus angkat dia punya hp .


see . hp Blackberry tu still nampak baru kann ? akak tu siap kasi 2 casing getah free lagi and salah satu casing yang akak tu kasi macam dekat atas ni . yaa guna casing ni sebab nampak cute . :3 still tak caya jugak nampak baru ? wait ! yaa bukak baju a.k.a casing dia .


sekarang dah caya ? still nampak baruu kan ? pandai kan akak tu jaga hp ni ... nampak sangat yang dia betul betul sayang hp ni . nampak suci bersih lagi tu . 



ni pulak gambar dalam dia . cute kan ?? still elok lagi tau Blackberry ni . and yaa puas hati sangat pakai Blackberry ni walaupun just 2hd . setakat ni hp Blackberry ni tak ada buadd hal pon . still okay macam biasa :)


yaa ingat yaa nak jual hp Blackberry ni ... ada sape sape yang nak tak ?? huhu 

tapi bila difikirkan balik , yaa rasa sayang pulak hp ni . so yaa fikir masak masak . yaa tak jadi nak jual :3
hp ni banyak jugak jasa dengan yaa . huhu

sampai di sini sahaja dulu entry yaa kali ni .

#terima kasih sudi baca .

Assalamualaikum teddy




Alhamdulillah dapat merasa kek batik Alynfarina .

Sunday, December 01, 2013


akhirnya ...... yaa dapat merasa kek batik daripada kedai kek AlynFarina . yang tak tahu kewujudan kedai kek AlynFarina tu boleh lahh singgah ke instagram AlynFarina . banyak sangat testimoni pelanggan dekat dalam instagram tu sampai yaa pon dah jadi pening . hahaha

btw sekarang ni yaa nak bagi testimoni oleh yaa sendiri tentang kek batik AlynFarina ni . 

yaa order kek batik AlynFarina daripada seorang akak ni . dia ni agent kek batik AlynFarina dekat kawasan tempat tinggal yaa . tak sangka ada agent kek batik AlynFarina berdekatan dengan rumah yaa . ni yang boleh beli selalu ni kek batik tuhh .

Pasai apa yaa cakap macam tu ? sebab kek batik AlynFarina ni lain daripada yang lain tau . kek batik dia aduhaiii . mengancam betul laa . yaa tak tahu dia letak bahan apa sampai yaa asyik nak makan aje kek batik tuhh . huhu

rasa dia ? konfem laa rasanya sangat sedap ! memang betul betul sedap . bagi sape sape yang tak pernah rasa lagi kek batik AlynFarina ni amat lahh rugi sebab sedap sangat . tak rugi beli tau . kalau beli rasa nak lagi tau .

tak rugi pon beli sebab kek batik AlynFarina ni dahh la sedap then murah pulak tuhh . berpatutan lahh harganya . :)


gambar yaa dekat atas ni pon yaa makan masa petang semalam . lepas beli je daripada akak tu , yaa terus buka and makan . ya Allah ! sedapp sangat tauuuu ! sekarang satu bekas dah habis . nak sambung bekas yang kedua pulak :3

habis laa diet yaa nanti . huhu tak apalahh . lain kali yaa boleh diet . banyak lagi masa . hahaha

okayy laa . tu aje lahh entry kali ini .

Assalamualaikum teddy

Lepas mandi pakai mask muka . kulit jadi cantik ..

Saturday, November 30, 2013

yaa nak cerita . ada kawan yaa tanya yaa . 

"macam mana kulit kau boleh licin tak ada jerawat langsung even jerawat datang hinggap dekat kulit muka kau pon kadang kadang je . dah laa kulit muka kau putih pulak tu . kau pakai produk ape eyhhh ?"

actually masa yaa bersekolah menengah lagi ramai kawan yaa tanya yaa . actually yaa tak ada lahh pakai produk yang mahal mahal daripada luar negara . tak ada lahh pakai produk yang beratus ratus . yaa tak mampu sebab yaa tak kerja lagi . :3

yaa sedar siapa diri yaa . huhu . *rendah diri pulak . kalau nak tahu , yaa just pakai 3 produk aje untuk penjagaan kulit muka yaa . pertama of course lahh produk pencuci muka . nak tahu yaa pakai produk pencuci muka ape ? actually dah banyak produk pencuci muka yaa try tapi tak berkesan . ada produk yang merosakkan kulit muka yaa sampai menggelupas , kulit muka merah merah dan berjerawat . omg . masa tu memang buruk sangat muka yaa . yaa terus stop pakai produk tu .

then yaa tukar pakai produk lain . yaa punya kulit kalau tak cuci dengan sabun pencuci muka , mula lahh minyak yang amat degil muncul dekat muka . sebab kulit muka yaa ni jenis yang berminyak and dah tentu sekali dengan pasangan kembar nya tak lain tak bukan jerawat . memang kembar lahh dua dua tu .

dalam banyak banyak produk , produk yang sesuai , memang betul betul sesuai dengan kulit yaa ialah produk Safi . setelah 18 tahun yaa hidup , yaa baru jumpa produk yang betul betul sesuai dengan kulit yaa . sebelum sebelum ni kulit yaa ada bintik bintik . ramai kawan yaa cakap tu ruam . ermm lagi lagi dekat dahi . banyak sangat . yaa dah risau sangat sebab nampak cacat .

pencuci muka

pelembap muka

krim kecantikan

toner/penyegar

credit : pak cik google

yaa try laa produk safi hope berkesan . banyak jugak yaa habis beli macam macam produk tapi tak sesuai . membazir aje --" masa yaa pakai produk safi gamat ni . alhamdulillah kulit yaa bertambah putih . jerawat and bintik bintik pon berkurang . happy sangat ! hampir setiap jam yaa asyik dok hadap cermin tengok kulit . hahaha . yelahhh . lembut semacam . memang suka laa kan pegang ? >.<

lepas tuhh yaa makan supplement . :) nak tahu yaa makan supplement apa ? 

yaa makan supplement Emilay Whitening Collagen :) tak tahu yang mana satu rupa dia ? ni haaaaaaaaaa ....


supplement ni just telan je tau :) tak rasa apa apa pon . supplement ni banyak manfaat nya . antara salah satu dapat memutihkan kulit yaa . yes . yaa memang nampak perubahan bila makan supplement ni . memang putih . huhu suka sangat !

and last kali .. yaa guna mask muka after mandi setiap dua minggu sekali sebab nak bagi kulit muka fresh . yaa sebenarnya macam macam jenama mask muka yang yaa pakai . antaranya mask muka dari guardian nihh haa . best jugak . bau nya amat wangi . bau lavender . i like it so much !


masa mula mula pakai letak dekat muka rasa sejuk jee . :) harganya boleh tahan jugak lahh . dalam RM5++ macam tu laa . murah juga . 


serius rasa sejuk sangat muka . yaa kalau pakai mask dua jam . hewhew . sebab nak bagi air lembap yang melekat dekat mask tu betul betul kering . biar habis meresap dalam kulit yaa . kalau biar ditinggalkan mask tu dengan keaddan yang masih basah , yaa rasa amat amat lahh membazir .

actually mask tuhh lagi besar daripada size muka yaa . ;3 atoyaii . sebab tu gambar macam tu . 

lepas dah kering , yaa cabut and pastikan terus buang yaa . jangan letak merata rata . nanti nampak bersepah . :) and hasil nya muka yaa after yaa pakai mask , makan emilay whitening and produk Safi tu .....


alhamdulillah . muka yaa pada masa dulu bintik bintik aje yang timbul kini dah tak ada dah . hihi .

berbaloi habiskan banyak duit semata mata nak cantik . cantik ke ? uhuk uhuk .

okayy lahh . sampai di sini sahaja dahulu .

Assalamualaikum teddy





kek batik ni nampak sedap . teringin pulak nak rasa .........

Friday, November 29, 2013


alhamdulillah yaa masih berpeluang untuk menaip . sekarang ni yaa nak cerita . actually yaa dah lama teringin nak makan kek batik daripada akak ni . n kalau boleh yaa nak beli banyak banyak . haha . habis gemuk yaa nanti >.<

seriously first time yaa tengok kek batik nihh , yaa telan air liur . nampak betul betul sedap lahh . nak tengok rupa kek batik tu ? ni haaaaaaaaaaa ......




nampak sedap kan ? ermm ermm ermm terliur sangat kodd . omg omg :3 ni daripada instagram . ramai sangat yang beli n tempah . yaa ingat yaa nak order dua bekas dulu . nak rasa . kalau order satu bekas macam tak cukup je sebab yaa sekarang kuat makan . tak tahu kenapa . mybe sebab mood makan ada kodd sekarang ni .

tapi sebelum sebelum ni pon mood makan yaa selalu ada cuma sebelum sebelum ni je yaa susah sangat nak makan . tak tahu kenapa . rasa tak ada selera . tapi sekarang dah ada selera , alhamdulillah . 

ohh yaaa . satu box kek tu harganya RM15 . murahkan ?? berbaloi lahh kodd bagi yaa sebab nampak sedap . hewhew . nanti yaa dah beli n rasa , yaa cerita dekat dalam blog nihh okayy ? :)

sape sape yang dah rasa sharing sharing lahh dekat sini . n kalau yang teringin jugak nak merasa kek batik ni , bukak instashop taip @alynfarina okayy . :)

Wasalam

Final Exam

Sunday, November 17, 2013


aku sekarang tengah dalam akhir semester 1 diploma . so maknanya sekarang aku tengah final exam . lagi seminggu je weyhh aku dah nak habis belajar semester 1 . rasa sekejap sangat . and aku sekarang ada lagi dua paper lagi . then after that i'm freedom . ouhhh yeayhhhhhh !

btw now aku nak cerita pasal kisah aku masa ambil paper final exam . sebelum start exam final tuhh , aku sempat lagi maen-maen , tengok tv , layan youtube , layan movie n laen laen padahal exam lagi beberapa hari je lagi . bagus takk ? okayy , aku tahu tak baguss so jangan ikot perangai macam aku okeyhh . tak elok ! ishh3 *okeyhh  geleng geleng kepala

lagipon masa mula mula first paper tuhh subjek BI so aku tak tahu nak baca ape . cehhh . macam dah pandai jeaa kau yekk ? haha . dulu masa SPM , aku mana suka subjek BI . Seriously TAK SUKA ! walaupun aku tak suka , aku kena ambil jugakk . okeyyhh nampak di situ keterpaksaan ambil subjek BI . ;p

BI aku just study grammar jeeaa . yang lain In Sha Allah aku boleh buadd . masa first day paper BI final exam tempoh hari , alhamdulillah aku dapat jawab dengan mudah . mudah kee ? bolehhh laa . alhamdulillah Allah bantu aku masa nak jawab tuhh . tapi masa tuhh , aku adalah orang paling last keluar dewan peperiksaan . haha

second paper pulak paper subjek Arab . alahh . Arab . kacangg jeaaa . ;p yekee kacang jekk ? aku rasa tak jugakk . aku punya final exam kali ni soalan nya boleh tahan susah jugak berbanding final exam yang tahun sebelum sebelum ni . seriously . masa mula mula aku bukak paper Arab tuhh , terkejut beruk gakk laa masa tengok soalan dia . masya-Allah . boleh keeaa aku jawabb nihh ? aku masa tu try jawabb . alhamdulillah lahh . banyak jugakk yang aku dapat jawab . alhamdulillah . alhamdulillah :) aku yakin Allah sentiasa ada disisi aku and sentiasa tolong aku masa tu . okayy done paper Arab for that day .

third paper pulak perghh . yang ni aku takodd . takodd sebab paper ni memang tak boleh main main . tak boleh leka , tak boleh silap sikit pon . kalau tak habis jawapan salah so automaticly markah pon banyak turun . nak tahu subject ape ? haaa . subjek financial mathematics lahh . susah kodd subjek nihh . aku jadi sakit kepala masa jawab paper nihh . masa mula mula masuk dalam dewan peperiksaan tuhh , perghh aku rasa kecut sangat masa tuhh . financial mathematics tuhh weyhh . antara subjek killer . masa aku start jawab , alhamdulillah . first question aku dapat jawab . second question ? perghhh . soalan killer habis ! habis aku . aku tinggalkan kejap . sebab second question tu adalah bab yang paling aku tak suka . please lahh . so aku terus masuk ke third question . alhamdulillah dapat jawab dengan tenang . and soalan terakhir pon aku dapat jawab . lepas dah habis jawab soalan yang terakhir tuhh , aku terpaksa balik ke second question . walau ape pon . aku kena jawab semua soalan . wajib okayy ! sebab ada markah tuhh . biar lahh salah pon asalkan aku try mana tahu jawapan aku betul ? markah free aku dekat situ . lepas aku dah settle jawab , aku check banyak banyak kali takodd jawapan aku silap ke ? ada salah kee ? lepas aku dah puas hati dengan jawapan aku , aku terus keluar daripada dewan peperiksaan . tak sanggup dah nak duduk lama lama dalam dewan peperiksaan . rasa seram sejuk jee .

hari keempat aku nihh . perghhh ! paper dia memang paling tiptop ahh killer . tak lain tak bukan subjek financial accounting . sebab aku ambil bidang account n finance so account tu semestinya ada and memang wajib aku belajar sampai habis diploma . masa mula mula aku masuk kolej belajar subjek account , aku rasa terseksa sangat and aku jugak pernah nangis hanya disebabkan aku rasa fed up dengan subjek account . yelahh . subjek account nihh subjek profesional lagi lagi aku ni yang tak da basic account . memang seksa yang teramat lahh kan ? aku sebenarnya dah give up dengan subjek account sebab aku asyik kena marah and kena marah dengan lecturer account aku sebab tak dapat jawab soalan dia dekat papan putih . masa tuhh aku rasa down sangat . masa paper account dah nak hampir pon , aku risau sangat takodd aku tak dapat jawab soalan account . takodd soalan account susah . sehari sebelum paper account final exam , aku tak tahu nak buadd ape . tapi masa tu aku fikir .. aku boleh buadd . hasil titik peluh aku satu hari study gila gila yang teramat sampai mampu jawab 5 paper final exam tahun tahun lepas dalam masa satu hari jee . hebat takk ? haha . selain tu sokongan daripada mama n papa and si dia yang aku sayang jugak sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat aku untuk belajar account . mama aku tahu aku tak da basic account and kena study banyak benda pasal account berbanding orang lain yang dah ada basic account . aku jugak tak putus putus berdoa kepada Allah semoga aku dapat jawab paper account pada keesokkan hari dengan sangat tenang and aku jugak berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan aku pada hari aku paper account tu . 

dan pada kesokkan harinya , siapa tak berdebar kan nak jawab . subjek killer tuhh sedang menghantui semua pelajar yang ambil subjek account . aku masa tuhh tak payah cakap lahh . perasaan gementar menyelubungi diri . aku banyak kali cakap dalam hati semoga aku dapat jawab paper account . aku dah study sehabis mungkin dah .. and aku harap dengan usaha aku tuhh membuahkan hasil . masa mula mula bukak paper account tu , rasa berdebar sangat . dengan lafaz bismillah , aku baca satu persatu soalan yang ada dekat paper tu . perghh susah . masya-Allah . masa tu , satu je aku ingat . masa tu je aku berharap . satu je tempat aku minta tolong tak lain tak bukan Allah Maha Esa . aku berdoa semoga ketika aku tengah jawab soalan account nihh , aku kira kira jawapan last sekali aku dapat balance . and mula lah aku start mengira . n terus mengira dengan penuh teliti . aku baca betul betul soalan yang dia tanya . dalam account , worksheet , cash book n bank statement bagi aku paling susah . first aku jawab worksheet dulu sebab worksheet banyak keja kena mengira . so aku start lahh mengira dan terus mengira dengan penuh teliti . lastly masa aku dah nak sampai ke jawapan dia untuk nak tahu sama ada balance ke tak .... masa tuhh aku banyak banyak berdoa semoga balance jawapan aku . tambah punya tambah then tolak , aku pon tekan simbol = , perghhh . alhamdulillahhhhh . balance . tapi aku tak percaya sebab biasanya aku kena buadd banyak kali baru balance tapi ni aku  baru buadd sekali dah balance . masya-Allah . alhamdulillah ya Allah . alhamdulillah . aku try check dekat bahagian adjustment . alhamdulillah balance . dekat bahagian adjusted trial balance pon aku balance . so memang confirm jawapan aku betul . alhamdulillah ..

seterusnya aku pergi dekat bahagian income statement n balance sheet . kira punya kira alhamdulillah jawapan aku balance lagi . seterusnya aku pergi dekat cash book n bank statement . aku try buadd . kira punya kira , alhamdulillah aku dapat jawab . n jawapan yang aku dapat tu pon sama angka dengan angka yang ada dekat dalam kotak soalan tuhh . alhamdulillah ya Allah . kau permodahkan segala urusanku . terima kasih ya Allah :') aku masa tu rasa nak nangis sebab usaha aku study satu hari hanya untuk subjek account , satu hari aku dating dengan subjek account daripada pagi hinggalah ke malam . alhamdulillah usaha aku membuahkan hasil . terima kasih jugak kepada kawan aku iaitu myza yang bantu aku . ajar aku subjek account yang aku tak tahu . thanks oallss !

now aku done jawab three papers . and i have two more paper left . whoahhhh ! dua dua paper tuhh menghafal . sakit lahh kepala aku nanti -.- boleh besar kepala aku nanti . hihi .  doakan aku yaa ! semoga aku dapat jawab dengan tenang :) 

mulakan dengan bismillah and diakhiri dengan alhamdulillah :)

assalamualaikum ~ teddy

sale Denim Boots Rm40 ONLY !!!

Sunday, November 17, 2013


sekarang aku nak cerita ni . cerita ke ? bukan cerita tapi aku nak jual kasut . sekarang kan dah ramai yang suka pakai boots . u know boots ? takkan ouallss tak tahu kodd boots tu ape ? by the way kasut boots yang aku nak jual nihh can tik terbaik and semestinya amat lahh murahhh . 

biasanya kalau boots harganya dalam rm60 ke atas kan ? but boots ni aku jual murah jea .. nak tahu berape ? rm40 jeaa . nakk tengok macam mana rupa boots tu ? okayy . bolehhh je . wait yaaa !


- denim boots -

RM40 

size 36 

want this ?

whatsapp/wechat 0126763960

Fineeeeee

Friday, November 08, 2013


blog yaa nihh yaa dah anggap macam private diari yaa . kalau boleh , yaa nak buadd blog yaa ni private . luahan yaa semua yaa ceritakan dekat dalam blog and hanya yaa sorang sahaja yang dapat baca segala luahan yang yaa ceritakan tapi tak tahu lahh bila yaa nak privatekan blog yaa . rasa malas malas malas pulak . --" 

yaa tanya diri yaa sendiri . adakah hari ni yaa dapat tersenyum ? dapat bergembira ? walaupun yaa tahu tu semua hanya seketika sahaja ? yaa harap sangat hari ni yaa berpeluang jumpa dengan dia . siang tadi yaa tunggu mesej dia macam tunggul tapi yaa tetap sabar menunggu .

menunggu dan menunggu . sampai laa satu masa ni tepat kol 1 , yaa tak dapat langsung mesej daripada si dia . sokayy . memang yaa dah dapat agak . yaa tak de peluang nak jumpa dia . and yaa tahu hanya yaa seorang yang semangat nak jumpa dia . masa yaa tengah tunggu mesej daripada dia tu , yaa dah bersiap dah . dah pakai shawl segala bagai tapi satu mesej pon tak ade masuk dalam inbox phone yaa .

masa tu yaa dah pasrah . bukan pasrah je , masa tu yaa hampir nak nangis . adakah yaa dapat terima yang yaa dah tak jumpa dia buat kali terakhir ? sebelum dia pulang ke perlis balik untuk sambung belajar semester 2 . tempat belajar kami jauh . yaa punya tempat belajar dekat KL and dia punya tempat belajar dekat perlis .

lagipon yaa dah start exam so tadi jelaa yaa free . hari laen yaa dah busy . yaa ingat yaa nak spent time sepenuhnya dengan dia . sebab dia pon sebelum pulang ke perlis , dia pergi melancong dengan family dia dekat bangkok . sebab tu yaa nak sangat jumpa dia hari ni . hanya hari ni yaa berpeluang untuk jumpa dia .

tapi  sayang .. harapan yaa untuk jumpa dengan dia hari ni tak kesampaian . yaa hanya mampu menangis je . disebabkan yaa rasa sedih sangat , yaa teman jela kawan roomate yaa keluar . dia nak pergi times square sebab nak dating dengan boyfriend dia . yaa hanya teman je . masa dieorang tengah dating tu , takkan yaa nak ganggu dating dieorang so yaa biarkan dieorang dating puas-puas dulu then yaa hanya jalan sorang sorang pergi satu kedai ke satu kedai .

dekat times square tu , ramai sangat pasangan yang dating . hm terase jeless pulak tengok dieorang sweet sweet depan mata yaa . teringat pulak masa hari sebelum sebelum ni yaa keluar date dengan dia dekat times square tu . hati yaa masa tu betul betul menangis .

nak buadd macam mana . tak de rezeki nak jumpa dia . then masa tu yaa ada lalu satu kedai baju lelaki ni . and masa tu yaa ternampak satu baju tu . yaa teringat yang dia ada cakap yang baju tu lawa . hm rindu masa tu .

yaa kan pusing satu times square then tiba tiba yaa ada jumpa satu baju t-shirt ni . kaen dia soft je . and yang paling yaa suka ialah design baju dia . memang lawa laa bagi yaa tapi bagi dia yaa tak tahu . mula mula yaa ingat yaa nak belikan baju tu untuk dia tapi takodd baju tu tak kena size dengan dia sebab badan dia tu tegap . takodd ketat pulak . so tak jadi lahh nak belikan . kena ada tuan punya badan dulu baru boleh beli .

masa tu yaa hanya boleh pujuk hati yaa je yaa . 

"sabar okayy . jangan jadi lemah . kau kena kuat . jangan menangis . kau kena tahan air mata kau daripada mengalir . dah memang kau tak berpeluang nak jumpa dia hari ni nak buad macam mana . kau telan je ape yang dia cakap dekat kau semalam ."

yesss . yaa memang pelik orangnya . yaa memang kuat cari lelaki lain . yaa ni playgirl . yaa ni gatal . lagi ? ape lagi ? yaa mainkan perasaan dia . lagi ??

sebelum cakap tu , cuba dapatan bukti dulu . tolong lahh . yaa tahu yang yaa ada dia . yaa tak menggatal pon . yaa tak ada cari lelaki lain pon sekarang ni . yang yaa tahu yaa betul betul setia dengan dia . 

entahh laa . yaa telan je dengan ape yang dia cakap walaupun hati yaa sakit sangat dengan ape yang dia cakap . yaa hanya mampu menangis n menangis n menangis je .

ye . yaa tahu yaa ni tak perfect . tak macam ex2 dia sebelum sebelum ni . ye yaa tahu . yaa ni suka buadd hal masa keluar date . suka naik angin tak tentu pasal . suka marah dia . mybe sebab tu dia macam tak de rasa semangat sangat nak jumpa yaa .

okayyy . sorry . i'm so sorry . yaa hanya mahu dia ambil perhatian dekat yaa je . ada sebab why yaa buad hal . sorry . 

sokayy kalau dia tak sudi nak jumpa yaa . sokayy . yaa akan tumpukan dengan exam je . yaa takkan korbankan masa yaa dengan benda semua ni dah . hanya sia sia .  hanya SIA SIA !

yaa memang tak perfect macam ex2 dia sebelum ni . yaa tahu tu . sokayy . yaa undur diri . yaa akan senyap je lepas ni .

jangan tanya yaa kalau lepas ni yaa betul betul dah jadi pendiam . lagipon dia dah tak kesah dengan yaa . kalau yaa meninggal sekalipon dia dah tak amek kesah . sokayy

nytes ! wslm

Adakah aku dapat tahan ?

Thursday, November 07, 2013


adakah yaa dapat tahan ? adakah yaa dapat tahan kesakitan yang yaa tengah rasa sekarang ni ? ya Allah . kenapa dengan kepala yaa ? asyik sakit ? asyik denyut-denyut ? sebelum sebelum ni tak de pon rasa . 

yaa hanya mampu menangis aje sekarang ni . hmm . yaa tak tahu yaa dapat bertahan ke tak . dah la dengan buah pinggang yang tak bape betul . yaa hanya mampu minum air banyak banyak aje . kalau kurang air , mula laa buah pinggang yaa rasa sakit .

sekarang pon kepala yaa tengah berdenyut-denyut ni . nak bangun pon tak larat . kenapa dengan kepala yaa ni ? dah laa sekarang yaa tengah stress dengan final exam . then malam ni jugak yaa gaduh dengan dia . ya Allah . dugaan apekah ini ?

ape salah yaa ? yaa hanya mahu jumpa dia sebelum dia pergi perlis balik . why dia tak faham ? yaa rasa yaa sorang je yang semangat sangat nak jumpa dia . yaa tengok dia just biasa-biasa je . adakah dia dah berubah ?

yaa rasa dia dah tak sayang yaa . yaa keluar sorang sorang pergi jalan jalan pon dia cakap dia tak kesah . dia dah tak nak amek kesah tentang yaa dah . yaa ingat dia halang yaa sekeras kerasnya tapi ni sebaliknya . hmm sokayy 

yaa tak teringin pon nak balas komen sorang laki ni . disebabkan jeles punya pasal , yaa saje je reply nak pujuk hati tapi sebaliknya pulak yang berlaku . kami gaduh .

yaa akan buadd hal sendiri je . yaa akan sibukkan diri yaa . ya Allah . kuatkan diri aku untuk menahan segala kesakitan yang aku alami sekarang ni . aku mohon ya Allah :'(

okayy laa . sampai dekat sini sahaja . yaa dah tak tahan rasa sakit dekat kepala ni . okay laa . nytes 

4 perkara paling yaa takut .

Sunday, November 03, 2013


malam yang sungguh sunyi kan ? si dia sudah tidur . tinggal lah yaa malam ni sorang-sorang . disebabkan rasa bosan yang terlampau , so yaa pon bukak lahh blog yaa yang satu-satunya ni . pada mulanya yaa hanya hadap aje screen laptop macam orang tak betul .

bukan ape , tak tahu nak cerita ape dekat dalam blog . tiba-tiba masa tengah termenung tuhh , yaa ternampak macam pancaran lampu . yaa ingat blackout tau hostel tempat yaa tapi rupa-rupanya kilat and guruh . terasa bergegar bangunan hostel tempat yaa ni . rasa gerun laa pulak tadi .

astighfirullah ...

yaa istighfar banyak-banyak masa tu sebab memang terkejut betul . hmm . kalau nak tahu , yaa memang takut dengan empat perkara ni , antaranya :

riben yaa takut dengan kilat and guruh
riben yaa takut tempat gelap
riben yaa takut lipas dan serangga
riben yaa tak boleh tengok darah mahupun darah yaa sendiri pun tak boleh

siapa yang tak takut dengan pancaran kilat dan bunyi guruh kan ? dah la bunyi guruh tu kuat memang membuatkan yaa punya jantung nak terkeluar . ya Allah . kuasa Allah memang amat-amat hebat . kita hanya manusia biasa and lemah yang hanya menjadi hamba-Nya sahaja .

tempat gelap adalah tempat yang paling yaa tak suka . tak nampak pape . rasa seram kodd . ada hari tu yaa duduk dalam bilik , papa dekat ruang tamu , mama pulak dekat dapur . adik yaa tak tahu pulak dekat mana . rasanya dekat ruang tamu jugak kodd . masa tu yaa tengah main phone . masa tu hujan lebat sangat dekat rumah yaa .

then tiba-tiba lampu rumah yaa blackout . dahh la masa tu yaa duduk dalam bilik sorang-sorang . yang lain dekat tingkat bawah . masa tu yaa ya Allah .. rasa takut sangat sebab bilik yaa masa tu gelap sangat . hanya nampak pancaran kilat jee . 

disebabkan yaa rasa takut sangat , yaa terus ambil selimut yaa then yaa baring and tutup badan yaa sampai ke kepala dengan selimut . hmm . entah macam mana entah yaa tak sedar yang air mata yaa masa tu mengalir . yaa takut masa tu . sebab yaa sorang-sorang aje dalam bilik tu . memang takut laaa kan ? kalau ade adik yaa dalam bilik tu , adik yaa lahh yang jadi mangsa pelukan daripada yaa . hahaha 

haa . ni yang paling yaa lemah sangat sangat sebab binatang ni boleh buad yaa menangis . cepat aje yaa menangis kalau binatang ni . yaa boleh berlakon watak sedih ni sebab senang sangat nak keluarkan air mata kalau disebabkan binatang ni . hihi korang mesti tahu kan binatang yang yaa maksudkan ? ape lagi kalau bukan lipas . eiiii . yaa memang anti sangat dengan lipas . dari yaa kecil lagi yaa memang tak suka lipas . sory lipas . hekhek

yaa tak suka lipas sejak yaa 6 tahun lagi . masa tu yaa tengah main permainan masak-masak . masa tengah khusyuk sangat main , tiba-tiba ada seekor lipas ni . mula mula lipas tu lalu depan yaa . masa tu yaa dah tak bergerak , kaku betul badan yaa masa tu . yaa pon tak tahu kenapa yaa tak lari masa tu , betul betul kaku . then lipas tu datang dekat yaa . yaa pun ape lagi . 

haa . masa tu badan yaa baru boleh bergerak . ade ke patut lipas tuhh terbang kejar yaa . aii . jatuh cinta pandang pertama rasanya lipas tu dekat yaa . haha . masa tu yaa hanya boleh lari then lari sambil menangis minta tolong dengan mama yaa . mula mula lipas tu kejar yaa then after tu , lipas tu pergi ke arah laen pulak . haha . start masa tulahh yaa dah anti dengan lipas .sampai laa sekarang yaa anti dengan lipas .

sekarang kalau adik lelaki yaa nak buli yaa , mesti dia pergi cari lipas then pergi baling dekat yaa . nampak tak kurang asam nya dekat situ . jahat betul . nasib baik dia tu adik yaa kalau tak dah lama yaa lempang laju laju pipi dia . -.-

lepas tu semalam pulak si dia pulak buli yaa sampai yaa menangis tau . huhu . si dia pun kejam and jahat jugak sama je dengan adik lelaki yaa . :(

and last sekali , yaa paling lemah kalau nampak darah sesape or darah sendiri . kalau tak , yaa akan start pening pening then yaa pengsan . susah kan orang macam yaa ni . -.- seriously yaa memang tak layak jadi doktor kan ? hihi . so sebab tu yaa ambil bidang kira kira sebab yaa minat :)

ermmm . so sampai di sini saja lahh entry yang yaa nak cerita malam ni . maaf sebab panjang entry hari ni . hihi

good night peeps !

wasalam ~

Final Exam makin dekat ! :O

Saturday, November 02, 2013



sekarang aku dah sibuk study disebabkan final exam aku makin hampir . U know course account and finance bukan lahh boleh dikatakan senang and bukan lahh boleh dikatakan susah . tengah-tengah laa . hee

tapi bila exam final makin dekat , aku jadi makin stress . Ya Allah . tenangkan lahh hamba-Mu ini . permudahkan lahh segala urusanku ..

nanti masa final , aku kena ambil 6 paper . 6 paper tu antaranya :

pokok financial accounting
pokok financial mathematics
pokok bahasa arab komunikasi
pokok profiency english
pokok IT
pokok pengajian islam

Itulah enam paper yang aku kena ambil exam yang mengambil masa hampir sebulan untuk habis . lama kodd -.-

gap setiap exam tu jauh-jauh selain IT dengan pengajian islam . why pengajian islam and IT jugak dia buadd dekat-dekat ? saje nak buad kami as student stress kee oii ?

tahu tak pengajian islam kena baca and hafal 10 bab then IT pulak kena baca and hafal 10 bab jugak . dah la IT tu fakta . -.-

memang saje nak buadd kami punya kulit muka tumbuh dengan banyak jerawat laa erkk ??

kalau aku tahu siapa yang buadd jadual exam nihh , aku dah kerat tulang dia . haha


doakan aku okeyhh :) semoga Allah permudahkan segala urusanku and bantu aku dalam memudahkan menghafal segala ilmu pengetahuan yang amat suci ini . hihi

okayy laaa . mata aku dah ngantok then kepala aku pon dah pening-pening lalat . i should go to sleep right now . 

gudnytes peeps ! 

Second Hand Item Giveaway by Ashya and Nasehah

Saturday, November 02, 2013



 Okey,seperti tajuk yang korunk baca di atas,hari ni aku dan Nasehah nak buat satu giveaway.Hadiah giveaway ni tak semua yang second hand.Ada yang second dan ada yang masih lagi first.Okey!Tanpa membuang masa,aku mulakan giveaway ni dengan... TERMA & SYARAT!
Owh,btw! Topup Giveaway by Ashya itu ditunda atas masalah pihak sponsor.

              TERMA DAN SYARAT:
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai blog dan facebook *wajib!
  • Wajib mengikut semua syarat
  • Tulis di tajuk entry anda ' Second Hand Item Giveaway by Ashya and Nasehah'
  • Tempek banner atas tu dan backline kan ke blog ni
  • Hantar link entry blog korunk berkaitan dengan giveaway ni dekat kotak komen dibawah.*tempat lain x diterima
Wajib! (akan disemak)
*sila maklumkan di entry anda jikalau tiada akaun twitter dan instagram
Tamat sehingga 7 Nov 2013

Pemenang menggunakan kaedah

  1. TOP REFERRAL
  2. RANDOM.ORG

1st Segment by Gadis Ungu

Saturday, November 02, 2013




SYARAT-SYARAT

1. Berwarganegara Malaysia, ada blog dan ada Facebook.

2. Buat satu entri tentang First Segment by Gadis Ungu.. dan jangan lupa tempek banner comel pink yang saya buat tu. (Jangan lupa backlinkkan sekali)


3. Follow blog Gadis Ungu. Follow blog [INI] dan [INI]

4..  Like Fanpage [INI]

5. Link entri korang letak kat post comment blog Aisyah.



Done! Sikit tu aje..



Hadiah


1. Aisyah nak cari 5 blog wanita dan 5 blog lelaki untuk diletakkan di bloglist Aisyah.. (10x)

2. Letak iklan korang di tapak iklan blog Aisyah (1x)

3. Topup RM5 (2x) by Muhammad Faaiz

4. Pashmina warna kelabu by Gadis Ungu

5. Free Vector from AINA ZAIRULNIZAM

6. Brooch 2x (Warna kuning dan merah , bentuk bunga)

7.  (*Tengah cari sponsor)

#so ape lagi .. jom join untuk memeriahkan lagi segmen adik ni :)

#psst .. just klik banner tu kalau nak join okayy . GUDLUCK GUYS ;)