GANJARAN UNTUK ISTERI YANG SOLEHAH

Saturday, January 05, 2013


okay...lia tengah bosan sekarang niehh...
yang laen semua ade keje..tapi lia?haha..
si pak cik sorang tue pulak tengah keje...
haishh...bosan2..
ermm...lia nak tanye..
senang tak jadi isteri yang solehah?
lia ade bace satu petikan daripada ustaz azhar idrus..
rupe2 nyer banyak ganjaran jika kita menjadi isteri yg solehah..

GANJARAN UNTUK ISTERI YANG SOLEHAH

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

g) “Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa   pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Ya Allah..banyak betol ganjaran nyer..
bila lia bace..ermm..insya-Allah lia pasang angan2 nak jdi isteri
yg solehah satu hari nanti...
bagi lia besar sangat ganjaran jika jadi isteri yg solehah...
jom kita same2 satu hari nanti menjadi isteri yang solehah..
di mata suami..
kepada awak..
ahmad alif al-hakim...
doakan lia ye..=)
kalau lia ade buat salah...
jangan lupe..
tegur2 laa lia... :D


You Might Also Like

1 comments

drop here your comment.:)