KAHWIN AWAL ? APE KELEBIHAN NYA ?

Saturday, February 23, 2013



 Assalamualaikum 
alhamdulillah . lia masih berpeluang untuk hidup di atas muka bumi Allah ini . dan juga alhamdulillah lia berpeluang untuk taip-menaip entry dekat dalam blog . tujuan lia taip-menaip nii nak share dengan korang-korang semua . ermm . sejak kebelakangan nii hati lia . ermm . hati lia . entah laa . tak tahu nak cakap macam mane . 

lia dah sedar sekarang nii . ya Allah . sungguh indah nya ! ermm . kalau korang nak tahu , lia pasang azam nak kahwin awal . ini bukan disebabkan rase gatal nak kahwin okay ! tapi disebabkan banyak barakah nya jika kahwin awal . ya Allah . lia same-same ingin kumpul pahala dengan bakal suami lia . insya-Allah . :D lia ingin merasai indah nya kahwin . banyak kelebihan nya jika kahwin awal nii . ini semua lia dapat ilmu dari seorang cikgu lia sendiri . sebelom-sebelom nii lia buntu tak tahu nak tanye dekat sape . tapi baru-baru nii cikgu lia baru jee kahwin . die kahwin muda . so dengan kesempatan ini , lia tanye die . mintak pendapat die . and alhamdulillah , bila die kongsikan segala nya dengan lia , dengan tidak sengaja , air mata lia mengalir . ya Allah , banyak nya kelebihan . lepas tuhh lia tanye tentang persoalan yang selame nii lia tertanya-tanya . and sekarang lia dah dapat jawapan nya . insya-Allah , one day !  lia dah pasang tekad ! lia cuma perlu tunggu si dia aje . hope hati die terbuka untuk menjadikan lia isteri nya yang sah ! lia akan tunggu hari itu .

di sini lia ingin kongsikan kelebihan kahwin awal :

<3 ia nya adalah sunnah Rasulullah S.A.W.
<3 dapat elak daripada maksiat .
<3 terpelihara hati dan jiwa .
<3 segala perbuatan kita dengan suami kita adalah pahala .
<3 pegang tangan suami ketika sebelum tidur , akan gugur dosa-dosa kecil di siang hari di celah-celah jari .
<3 renung wajah suami dengan penuh kasih sayang akan mendapat pahala .
<3 hidup juga penuh barakah .
<3 akan dibuka pintu rezeki seluas-luas nya .

itu antare nye yang cikgu lia kongsikan dengan lia and lia kongsikan jugak dekat korang-korang semua . ya Allah . banyak kan kelebihan nya ? senang jee kita nak dapat pahala . subhanallah . indah nya agama islam . :)  tapi kalau kahwin awal , mesti ramai orang yang berpendapat bahawa jika kahwin awal , nanti akan ada masalah kewangan , nak beli rumah , kereta , makan dan minum , ini , itu . kan ? same jugak dengan lia . nak tahu ape yang cikgu lia cakap ? cikgu lia cakap .

kalau semua orang fikir macam tuu , tak kan pernah dapat kahwin awal laa . bukan kah dalam al-Quran ada menyebut , "akan aku bukankan rezeki seluas-luas nya kepada mereka yang berjuang ke jalan-Ku , termasuk jihad , nikah (baitul muslim)" . bukankah kita disarankan mempercayai qada' dan qadar daripada Allah . rezeki Allah sentiasa ada pada mereka yang berjuang ke jalan Allah . demi meraih cinta hakiki , yang penting kita redha dan syukur . percaya kepada kekuasaan-Nya , DIA tidak akan pernah menganiaya hamba-hamba Nya . cuba fikir balek . bila masa kita 'bersedia' nak tunggu kaya , nak tunggu kerja , nak tunggu itu , nak tunggu ini , adakah kematian akan tunggu kita ? tak kan pernah lewat walaupun sesaat . meraih yang halal adalah lebih baik daripada meraih yang haram .

lia tanye lagi dekat cikgu lia . lia tanye . tempat tinggal nye macam mane ye bila dah kahwin nanti ? cikgu lia cakap , tempat tinggal tuu , kita boleh duduk dekat rumah ayah dan mak mertua dahulu secara bergilir-gilir . lepas ada rezeki lebih sikit , baru beli rumah sendiri . ermm . betol jugak dengan ape yang cikgu lia cakap . cuma kalau kahwin awal , si suami kena cari nafkah untuk si isteri . dan amat digalakkan jika si isteri juga bekerja membantu suami agar ekonomi sesebuah keluarga akan lebih stabil . :)

ermm . rase nyer nii je kot yang lia nak share dengan korang-korang semua . nanti ape-ape yang lia nak share lagi dengan korang-korang semua , lia akan update lagi dekat dalam blog lia nii okay ? 

wasalam ~ 

RINDU DEKAT ARWAH MAK CIK ! :'(

Friday, February 22, 2013





Assalamualaikum . ! 
hai semua. bertemu kembali di blog lia yang serba simple mimple ini . hihi
now tujuan lia nak taip-menaip nii just nak share something dengan korang-korang semua . untuk pengetahuan korang-korang semua , Asmanira Binti Ibrahim , lia punya makcik merangkap adik kepada papa lia telah meninggal dunia baru-baru nii. sedekahkan al-fatihah kepada beliau . :) beliau meninggal disebabkan kemalangan ketika on the way nak balek ke rumah beliau di Gua Musang . beliau meninggal pada tarikh sebelom first day exam SPM bermula . ya Allah . ketika itu , lia tengah bersiap sedia untuk menempuh peperangan pada esok hari . hmmm . papa mula-mula just bagi tahu dekat mama jee . and mama pulak tak bagi tahu dekat lia sebab takot lia tak dapat nak focus dalam dewan peperiksaan . seriously memang lia tak tahu pon pasal hal makcik kesayangan lia tuu meninggal . lia mati-matian ingat makcik lia tuu time tuu nga rehat sambil baring dekat rumah keluarga mertua arwah .

mula-mula lia dapat tahu tuu . alhamdulillah syukur sangat sebab dapat tahu daripada mama lia sendiri yang makcik lia selamat . banyak kali lia tanye dekat mama lia keadaan arwah makcik lia time dekat hospital hari tuu . mama banyak kali kate yang arwah semakin sihat . tapi bila lia dah habis menduduki peperiksaan SPM , mama bagi tahu dekat lia yang makcik lia dah meninggal . Ya Allah . bila lia dapat tahu berita tuu , terus lia terpaku . lepas tuu air mata lia mengalir . lia tak sedar yang lia sedang menangis time tuu . lia tak dapat nak terima yang makcik lia yang selama nii lia rapat , orang yang selalu buli lia , marah-marah lia rupa-rupa nya dah tak de dekat dunia nii . hmmm . :'( tapi lia terpakse terima jugak qada' dan qadar dari Allah . mungkin Allah lebih sayangkan arwah . dekat bawah nii antare nyer gambar arwah . ya Allah , rindu yang teramat ! sekarang bile lia teringat dekat arwah makcik lia , lia akan termenung . hmmm . 

arwah bersama anak-anak nya .



arwah bersama dengan suami and anak-anak nya .

"Cik , kalau cik nak tahu , ayah cik dah kahwin tau . ayah cik kahwin pada tarikh 10/02/2013 . baru-baru nii . ayah cik sebenar nye masih sayangkan cik . tak boleh nak lupakan cik . tapi disebabkan anak-anak cik iaitu balqis and batrisya asyik demam jee sebab rindu dekat cik , so disebabkan itu , ayah cik kahwin laen . sebab balqis and batrisya perlukan kasih sayang seorang ibu . cik , lia sayang sangat dekat cik . hope cik okay-okay dekat sana . seriously lia rindu sangat dekat cik . teringat lagi lia time lia keluar teman cik pergi beli barang dekat kedai dekat shah alam . time tuu cik za nak pindah rumah . time tuu laa last lia jumpe dengan cik . hmmm . tak sangke begitu cepat nya cik tinggalkan lia . :'( cik . cik nak tahu tak ayah cik kahwin dengan sape ? ayah cik kahwin dengan sepupu cik . kak bibi . :) ayah cik kahwin dengan  kak bibi sebab rumah tok ma dengan rumah tok ngoh dekat jee . soo tok ma boleh jumpe balqis and batrisya dekat belakaang rumahh je . mula-mula lia tak setuju and tak boleh terima yang ayah cik nak kahwin dengan kak bibi . sebab cik baru jee meninggal . tapi ayah cik dah nak kahwin laen pulak ! tapi bile mama lia dah puas yakinkan lia , baru lia terima dengan hati terbuka and lia redha dengan pemergian cik ."

cik nak tengok sekitar majlis akad nikah and perkahwinan ayah cik dengan kak bibi ? :)
tak banyak gambar nyer . just due je yang ade . dekat bawah nii antare nyer . .

majlis perkahwinan . :)

majlis selepas akad nikah . (menyarungkan cincin)

cik , ayah cik sayang cik sampai bila-bila . ingat tuu cik ! lia pon same . 

hmmm . okay laa . rase nyer sampai di sini saje lia punya entry . kalau lia free , lia update lagi . nii lia update sebab teringat dekat arwah makcik lia . 

semoga arwah dalam keadaan tenang di sana ~ amin !

wasalam

Segmen Santai Blogger Bersama PenaBiruMummy.Blogspot !

Friday, February 22, 2013



Assalamualaikum . !
selamat malam semua . malam nii lia nak join segmen dari mummy aien . =)
dah lama lia tunggu segmen nii berlangsung and alhamdulillah , mummy dah start wat segmen nii . dengan hati yang terbuka , lia join . :)

KEPUTUSAN SPM KELUAR 20 MARCH NII KE ?

Monday, February 18, 2013



Assalamualaikum semua . ! 
time-time macam ni . alhamdulillah , lia free , so lia update entry . sebenar nye ade tujuan lia update hari nii . tujuan lia update hari nii sebab tengah kecut . Ya Allah ! tolong hamba mu yang lemah ini ya Allah ! nak tahu kenapa lia rase berdebar-debar sangat ? bukan berdebar-debar sebab buat kesalahan and tunggu hukuman daripada papa . bukan berdebar-debar sebab nak kahwin . and bukan berdebar-debar sebab nak masuk kolej . tapi lia berdebar-debar sebab . . keputusan SPM dah nak hampir keluar ! oh nooo ! seriuss kecut perot .

tapi lia tengah konfiuss . sebenar nye keputusan SPM keluar bile ? ade yang kate hujung bulan 2 nii . ade yang kate hujung bulan 3 . tak tahu yang mane satu . and baru-baru nii . ade berita mengatakan keputusan SPM keluar pada 20 MARCH 2013 nii . nak bukti ? klik sini . =) lia sekarang hanya boleh berdoa and bertawakal ajee . hmm , ya Allah . tenangkan laa hatiku ini . 

Ya Allah , kau berikanlah aku dan kwn2 ku kptusan yg cmerlang dlm spm 2012 . Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah . Stidk2 nya kau beriknlah aku&kwn2 ku ape yg diingini&mmpu m'buat kedua2 ibu bpa kmi t'snyum . Ya Allah ,jgn la kau bg kgglan kpda kmi . Amin !

kalau laa lia ade kuasa , lia akan undurkan balek mase . waaa . best nyer . hee . tuu semua hanye mimpi semata-mata ! tapi ape-ape pon keputusan nyer , lia akn redha . lia akan terima dengan hati yang terbuka . betol tak ? korang-korang semua pon mesti tengah berdebar-debar kan ? huh . dugaan2 . 

doakan kejayaan lia ye ! lia pon akan doakan kejayaan korang-korang semua yang amek SPM tahun 2012 . :)

k laa . tuu je nak cakap . bai 

wasalam ~

SAYA TUKAR PAKAI SIMPLE TEMPLATE LA PULAK !

Monday, February 18, 2013



Assalamualaikum . ! 
hai semua . :) bertemu kembali kita ye . korang-korang semua sihat tak ? lia alhamdulillah sihat aje . sekarang mybe dah ramai yang tengah berdengkur . termasuk laa si buah hati lia tuu . hikhik . untung laa dapat tidur . lia nii entah laa . sejak kebelakangan nii asyik jadi burung hantu je . susah sangat nak tidur kalau time malam-malam . tak tahu laa kenape . hmm . mybe dah biase kot . kalau korang nak tahu . hehe . sebenar nye blog lia dah laen tau !

dulu lia gune blogskin . tapi sekarang lia tukar pakai simple template jee . entah macam mane entah terase nak pakai simple template . mood gedikks dah datang kot . haha . tapi lia pakai simple template nii sekejap jee kot . lepas nii lia pakai blogskin lia tuu balek. nii saje nak bagi kelainan sikit . hee . nampak simple kan blog lia ? lia saje nak buat simple jee . hee . malas nak lawa-lawa . cukup laa blogskin lia tuu lia dah ubah suai jadi lawa . haha . 

now . kalau korang tengok mood lia sekarang , korang dah tahu yang lia tengah happy sekarang . happy tak tahu kenape . mybe sebab lia dah berbaek dengan si buah hati lia tuu . sebelom nii kami asyik gaduh jee . hmm . tapi alhamdulillah tadi lia dah berbaek dengan die . syukur . sebenar nye time lia gadoh dengan die , lia macam tak de mood nak mesej dengan die . biase laa . gadoh . hati mesti sakit kan . time lia tak mesej die tuu , ade satu lagu nii . asyik terngiang-ngiang jee dekat telinga lia . huhu . tak tahu laa kenape . tapi bile lia tak contact die , lia rase hidup lia teramat sunyi . sebab sebelom nii pon die yang selalu teman lia . kami selalu contact kan . sebenar nye lia baru sedar yang die amat penting dalam hidup lia . seriousslllyyyy !! die memang amat penting dalam hidup lia . and bagi lia , die amat sempurna . 

segala perbuatan die , kemanjaan die . kenakalan die , perangai die yang macam-macam tuu yang menceriakan hidup lia . tanpe die , hidup lia kosong . seriuss kosong . hmm . korang-korang semua nak tahu ape lagu yang selalu terngiang-ngiang dekat telinga lia ? lagu 'SEMPURNA'  nyanyian GITA GUTAWA . :)

Kau begitu sempurna

Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan slalu memujimu
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu
*
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Reff:
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..
Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

lagu nii memang femess kan ? kalu sape-sape yang tak pernah dengar tuu , rase nyer pelik laa tuu . haha . sebenar nye si die nii . entah laa . tak tahu nak cakap macam mane . die pandai control lia tau . maksud lia , ermm . die wat kan lia tak pandang lelaki laen . serius lia mengaku lia tak de perasaan dekat mane-mane lelaki selaen die . die bukan guna sihir or pergi jumpa bomoh okay . mybe ini yang dinamakan jodoh kot . huhu . insya-Allah , one day .   okay . tengah berangan . haha . 

okay laa . mate lia terasa ngantok laaa pulak . jumpe lagi . bai !

wasalam ~

BETOL KAH DENGAN APE YANG AKU DENGAR NII ?

Saturday, February 16, 2013



Hai semua . !
Hmm . pagi ni lia tak de mood sangat ! tapi alhamdulillah . still boleh senyum . =)
Pagi ni lia ditugaskan untuk buat kerja taip-menaip untuk mama punye kerja .
Sekurang-kurang nye boleh jugak lupekan peristiwa gadoh dengan si die malam
semalam . seriously asyik terngiang-ngiang jee ape yang die cakap semalam . mula-
mula lia ingat die just maen-maen jee . tapi rupa-rupa nye die serius . okay . lia
kena terima semua nii . entah laa . hidop lia makin hari makin suram . tak ceria
langsung . ini semua sebab kate-kate die semalam .

sejak kebelakangan nii , kami asyik gaduh jee . okay laa . lia mengaku memang lia   
banyak buat salah sejak dua menjak nii . tapi lia tak sengaja . memang lia asyik  
ulang kesalahan yang same . setiap manusia ade kelemahan masing-masing . setiap
kali kalau lia tak ikot ape yang die nak , die akan protes . merajuk . and marah-
marah . biase laa . anak mama . =) walaupon perangai die macam tuu , tapi bagi lia
, die comel . maafkan lia atas semua kesalahan lia . mybe die dah lali sebab lia
Asyik minta maaf jee . dah . lia tak tahu nak buat ape ag dah . mybe nak suruh
Berubah . ermm . insya-Allah lia akan berubah .

Hari nii entry lia tak panjang . sebab serius lia tak de mood hari nii . kepala tengah
berserabut . I’m sorry . :’(

sebenar nye lia tengah takot + risau sekarang nii . disebabkan kiteorang asyik gaduh
, lia risau kalau die nak berpisah dengan lia . dah tak contact lia . mesej pon
kadang-kadang jee . lia tak mau ! kalau tanpe die , seriously lia terlampau sunyi .
dah 8 bulan kami bersama . kalau boleh , niat lia baek . lia impikan hubungan kami
sampai ke jinjang pelamin . lia tak mau cari pengganti . dah cukup die sorang yang
lia nak jadi teman sehidup semati lia . tapi entah laa . mybe disebabkan lia tak
memahami die kot . disebabkan itu , die asyik dingin jee dengan lia . hmm .
tapi lia harap suatu hari nanti hubungan nii kembali pada asal . kami berbaek  
semula . tak de gaduh-gaduh lagi dah . lia tak nak hubungan nii berakhir macam
tuu jee . insya-Allah .

doakan lia supaya dapat pujuk die dengan sabar ye ! and hope hubungan
kami kembali sedia kala . hope sangat !
mybe perangai die sekarang tak macam dulu , tapi tak pe . asalkan orang nye same
. pemilik badan yang same . and asalkan hubungan nii tak berhenti macam tuu je .
Okay laa . tuu je nak cakap . bai .

wasalam

TERLEPAS NAK BELI NOVEL KESUKAAN ! (-_-)"

Friday, February 15, 2013





hai semua . ! 
alhamdulillah malam ni lia berpeluang untuk update blog . disebabkan malam ni free , lia tak tahu nak buat ape so lia senyap-senyap bukak lappy . huhu . nampak sangat saya ni nakal ! hikhik . tak kesah laa . budak ketot yang tengah boring terlampau . macam nii laa jadi nyer . ngee ~
malam nii ape tujuan lia update blog ? hee . entah laa . lia pon tak tahu . mybe disebabkan boring yang terlampau , tak tahu nak buat ape . so bukak blog jelaa . cerita movie malam nii pon macam tak best jee tengokk . baru tengokk beberapa minit , mata dah nantok . so layan blog jelaa . layan facebook pon . lia rase sekarang nii semua kawan lia sibuk dengan dunia luar . dulu dieorang active je dalam ber facebook2 nii . tapi sekarang sunyi sepi je . huhu . si pakcik tuu pulak sibuk dengan kerja je . orang yang dekat sini nii kesepian . (-_-)" so alone betol . sob3



nanti tak lame lagi lia kena pergi kolej dekat melaka uhh . dah laa lame duduk dekat sane . bukan pergi sane just duduk je . bukan . huhu . pergi sane sebab nak study . lia amek kelas kemahiran untuk dapatkan sijil kemahiran . sijil nii dapat bantu lia dapat kerja bila dah graduate nanti . insya-Allah . =) . dekat sane ade laa jugak sampai berbulan-bulan , berpisah dengan si die . sedih yang teramat ! ermm . ouh ya ! lia nak cerita something dengan korang-korang semua . nak tahu cerita ape ? jeng . jeng . jeng . jeng . !



macam budak-budak laa pulak . haha . kalau anda-anda semua nak tahu , sepatut nyer esok lia kena pergi kolej dekat melaka tuu untuk pendaftaran . tapi disebabkan kesilapan lia sendiri . ade ke patot tak pergi photostat salinan kad pengenalan lia sendiri . salinan yang penting pon boleh lupa . dah tua kot lia nii . haha . so disebabkan tuu , lia kena bagitahu dekat akak tuu yang lia tak boleh datang esok . lia mintak datang hari sabtu minggu depan . huhu . nasib baek akak tuu kate okay . memang time tuu , lia dah risau . fuhh ! dah lepas satu bebanan . haha . alhamdulillah . alhamdulillah . tapi kan . fulammakk ! tadi time lia keluar pergi photostat segala dokumen penting yang kolej tuu mintak sampai salinan kad pengenalan lia , lia lupe nak photostat sekali tuu , lia ternampak novel yang memang lia tengah cari-cari selama nii . dah banyak kedai buku lia pergi tapi dieorang kate novel yang lia nak cari tuu dah habis stok . huh . memang kecewa laa . tapi tadi memang excited giler laa bile dapat jumpa novel dekat kedai buku tuu .



time tuu , hati memang dah happy dah , target pon memang niat nak beli time tuu jugak dah , tapii . . . sayang nyer . ade halangan laa pulak . nak tahu ape halangan nyer ? ade ke patot lia lupe nak bawak duit . hahaha . okay . okay . ni tak kelakar okay . time tuu lia tak sngke pulak yang novel tuu ade jual dekat kedai buku tuu . lia ingat mama just nak pergi kedai yang hanye untuk photostat je . sebab tuu lia tak bawak duit . tapi tengok-tengok mama pergi kedai buku . memang frust menonggeng laa lia siang tadi . (-_-) dengan hati yang berat , terpakse laa redha . terpakse laa lia kena letak balek novel dekat tempat asal die . memang sedih betol . dah tak de rezeki . nak buat macam mane . tak pe . tak pe . laen kali , lia akan pergi kedai tuu balek . hope novel tuu ade lagi laa dekat kedai buku tuu . anda-anda semua nak tahu novel apekah itu ? cewahh . soalan . tak boleh blahh . haha .



nii haa novel nyer .best tau jalan cerita novel nii . =) dah lame lia nak cari novel nii . lia baru bace separuh novel nii . jalan cerita die sangat-sangat laaa sweet . huhu . hope one day dapat miliki novel nii . amin ! (>_<)


okay laa . rase nyer tuu je kot lia nak merepek dalam blog nii . ouh ya ! sebelom lia terlupa !

kepada awak yang dekat sane tuu . saya nak tanye nii . next week awak free tak ? kalau awak free , jom kite keluar . kalau boleh , nak pergi the mines . (^_^)v . kalau awak free , cepat-cepat bagi tahu saya tau ! saya nak sangat keluar . tak mahu duduk dalam umahh . so boring ! lagi pon sementara saya masih ade dekat sini sebelom saya pergi melaka , saya nak keluar dengan awak dulu . saya nak cipta kenangan yang  manis antara saya dengan awak , okeyh ? tau2 . saya tunggu . tapi kalau boleh , kalau nak ajak saya keluar tuu , jangan laa secara mengejut . jadi kelam-kabut saya tahu ! yang tuu saya tak suka . 
okay laa . bai !

wasalam ~

INSYA-ALLAH HANDPHONE BARU ON THE WAY !

Thursday, February 14, 2013




hai semua . ! 
selamat bertemu kembali . alhamdulillah . time ni lia ade kesempatan untuk update entry . memandangkan penghuni-penghuni rumah yang laen tak ade dekat dalam rumah . yang ade cuma lia seorang sahaja . huhu . memang tengah bosan tahap gunung everest dah ni . tapi nasib baek ade lappy . boleh jugak digunakan untuk taip-menaip . hehe . untuk kesempatan masa yang ade ini , lia ingin share something dengan korang-korang semua . 

siang tadi lia punye laa penat tawar-menawar dengan seorang peniaga jual handphone ni . nak dapat harge murah punye pasal , terpaksa laa tak boleh berputus asa dengan abang tuhh . asal harge handphone tuu rm 799 . pada asal nye lahh . tapi dapat kurangkan dengan harge rm 550 . tapi lia mintak supaya dikurangkan lagi . penat punye penat , dapat dikurangkan dengan harge rm530 . alhamdulillah . lia berpuas hati dengan harge yang die berikan . mane tak nye . mahal kot handphone uhh . hee . pamdai tak lia tawar-menawar dengan peniaga tuhh ? lia tak de guna ape-ape kuasa or sihir okay . ni semua atas usaha lia sendiri untuk dapatkan harge yang boleh dikatakan murah laa . okay laa kan harge tuu . lia syukur sangat niehh . 

but now tugas lia sekarang nak kena pujuk my mom pulak dah . haishh . satu kerja pulak . hope mama lia kasi laa lia beli phone tuu . pada mula nyer lia nak beli phone cikai-cikai aje . tapi bile dah dapat harge yang murah ni , so ape lagi , tak kan nak lepaskan peluang kot . peluang dah ade dekat depan mate kan ? huhu . entry yang lepas lia cadang nak beli handphone nokia c3 aje buat sementara waktu . sebab ramai yang suruh lia beli handphone tuu . tapi tak jadi . soryy yee kawan-kawan . but thankss atas cadangan korang-korang semua . sekarang lia dah muktamaad akan beli handphone yang selama ini lia hanya dapat pandang dari jauh jee . huhu . terima kasih  Ya Allah . . !


handphone dekat ats nii akan jadi milik lia satu hari nanti . Insya-Allah !

#doakan supaya mama lia bagi lia beli handphone Sony Xperia J !

LIA TAK SABAR-SABAR NAK MASUK KOLEJ !

Monday, February 11, 2013



hope impianku tercapai . amin !


hai semua . . ! 
tadi lia sibokk kemas rumah . sapu lantai . mop lantai . adehh . penat dohh . ! but now lia tengah free . so ape lagi . lia update lahh blog lia yang tak seberapa ni . -..-
korang-korang semua ape khabar ? chad dokk ? lia alhamdulillah chad aje . *jgan risau-risau
lia sebenar nye tengah curik-curik bukak lappy tanpe pengetahuan mama . hikhik . and alhamdulillah tak kantoi lagi dengan mama . alhamdulillah . haha . yelahh . tengah boring nii . hadap blog lagi best . lepas nii dah tak boleh hadap blog lagi dah . sebab lia kena terbang ke melaka amek kelas kemahiran . dalam 3-4 bulan jugak laa lia dekat sane . suka ade . tak suka ponn ade . 



suka sebab lia tengah boring duduk dekat dalam rumah . belajar lagi bagoss ! boleh hilangkan boring . tak suka pulak sebab . . pertama . duduk jauh dengan keluarga . and si buah hati . *tak mahu . tak mahu . kedua . hanye jarang-jarang aje update blog . skodeng blog . and last sekali . lepas tuu tak dapat tengok tv . ohh no ! tapi bile difikir-fikirkan balek , ini peluang lia , mase depan lia . lia kena gunakan peluang ini sebaek-baek nye . lia nak amek diploma . nak masuk kolej . nak amek ijazah . nak masuk U . lepas tuu nak kerja . and last sekali nak kahwin . >..< tak sabar nye . tak sabar nye . tapi tak konfem lagi kahwin tuu same ade time tengah blaja dekat U atau dah dapat segulung ijazah . semua terpulang dekat si pakcik sorang tuu . lia ikot jekk . =) 
tapi kalau boleh nak kahwin awal . hikhik . tetibe keluar perangai gatal pulokks dah . ngee~ 
mybe next month kot lia pergi kolej tuu . nak tahu ape name kolej tuu ? UNIFIELD TECHNOLOGY COLLEGE . kolej nii bawah program Uitm and Utm . tapi hope terpilih jadi student Uitm . Insya-Allah . one day . :D 






ni die punya logo kolej tuu . 
insya-Allah niat lia nak sambung belajar amek diploma dekat kolej ni . lepas tuu sambung amek ijazah dekat Uitm . hope tercapai lahh impian ku ! 



antare permandangan dari kolej tersebut .


sumber : pakcik Google . =P



kepada orang yang telah curik hati lia . lia nak saman sebab sedap-sedap jekk curikk . hikhik . tak ade lahh . gurau je . 


kepada awak . saya nak habaq ni . yang saya akan jadi student dekat sini . saya akan duduk berjauhan dengan awak . hakikat nya saya tak sanggup nak berjauhan dengan awak . tapi demi mengejar cita-cita saya , terpaksa saya kena lakukan jugakk . walaupun perit nak tinggalkan awak , tapi awak kena ingat satu aje . saya sayang awak . sayang saya dekat awak macam saya sayang diri saya sendiri . awak jage diri awak elok-elok ye ! cuma saya harap awak pon terbuka hati ingin study dengan saya , same tempat dengan saya , memang seriously saya teramat happy . :D tapi saya tak paksa awak untuk join sekali dengan saya . itu masa depan awak . so awak lebih ada hak untuk tentukan hala tuju awak . saya akan sokong awak dari belakang . cuma satu aje yang saya minta dari awak . tak susah punn permintaan saya ini . saya cuma mahu awak sentiasa setia di sisi saya . and cuba pelihara hubungan kita sampai ke jannah . insya-Allah . tau awak ! =)


ermm . rase nyer tuu je kot lia nak cerita and share dekat dalam blog nii .
bai . wasalam 
#doakan kejayaan lia ye ! lia tengah nak kejar cita-cita lia ni . . ;)

SAYA TRY JADI YANG TERBAEK UNTUK AWAK !

Sunday, February 10, 2013





hai semua . =) 
sebelum lia nak kongsi masalah lia dekat korang-korang semua . terlebih dahulu lia ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan-rakan blogger lia . lia nak angpau dari korang boleh ? lia dah laa tak kerja sekarang . kasihani laa diriku ini . huhu . duit poket tak banyak laa . bagi angpau sekali-sekala tak ape kan , dapat pahala . :D


tengah-tengah malam ni lia terasa rajin nak update entry dekat dalam blog lia yang satu ni . lia akan gunakan blog lia yang comel ini menjadi tempat meluahkan perasaan . hikhik . sorry laa . terpoyo la pulak . blog lia ni tak comel pon kan ? hihi . dalam ni je nampak happy tapi sebenar tak happy pon .saja nak buat-buat happy . tak ade laa . malam ni lia memang betol-betol tak ade mood . sekarang mood lia macam gambar kucing dekat atas tuhh . sebab ape lia tak ade mood malam ni ? sebab gadoh balek dgan si buah hati ni . haihh . T_T


semalam dah okay dah kiteorang berdua . tapi hari ni laen pulak jadi nyer . semalam dah happy-happy keluar dating dekat time square . bukan keluar berdua tapi sekali dgan bakal kakak ipar lia dgan cik abang nya ! first time tuu pegi time square . excited sangat ! mula-mula tuu pergi makan dulu memandangkan perot lia dah berkeroncong . time dekat dalam kereta tuu , perot lia memang dah berbunyi dah pon cume buat-buat tak tahu aje . cover-cover tak nak bagi si pakcik tuu tahu . kalau tak malu den !





time square dekat KL nak kate besar tak ade laa besar mane . tapi bertingkat-tingkat . fuhh ! penat dohh . time lia pergi tuu . nak kate ramai orang , memang boleh tahan ramai jugak ! pelik kan . bukan hari hujung minggu tapi still ramai orang . dieorang tak keje ke ? time dekat sane tuu , nampak jakun jugak laa . haha . sebab first time pergi sane . tapi kat sane yang paling lia excited sebab ade roller coaster !




tapi sekadar dapat tengok dari jauh aje . tak naek ponn .huhu . dkat sane jugak banyak baju-baju yang lawa-lawa . tapi sexy . sekadar pandang sahaja laa . tak kan beli kot . ish3 . lia pegi sane just jalan-jalan aje . tak beli pape pon . tak ade benda yang berminat . tapi kat sane , banyak jugak kedai kasut . mate lia nihh tak boleh kalau nampak deretan kasut yang lawa-lawa . memang nak beli . tapi kalau beli , bukan satu tapi dua atau tiga . tapi hari tuu just tengok dari jauh je . lia perlu save money ouhh ! sebab nak beli handphone yang dah lame di idam-idamkan . T_T hari tuu lia memang berase amat happy laa . >..< tapi hari tuu je . 


keesokan nyer , kiteorang gadoh pulak dah . maksud lia hari ni . ==" lia tak paham laa . lia dah betol-betol setia tapi si pakcik tuu macam tak caye je . tak tahu laa lia nak buktikan macam mane lagi dah yang lia setia . mesti ade je die cakap yang lia ade lelaki laen la and macam-macam laa . hmmm . lepas tuu kalau ape-ape kemahuan die lia tak turuti , mula laa merajuk . ngee~ so cute perangai die time tuu . die kalau merajuk memang susah betol nak pujuk . geram niehh ! memang perlukan kesabaran betol . haha . tapi muke manje die tuu laa and tak kalah juga dgan perangai manje die buat lia nak tergelak . haha


next month , befday die . lia bercadang nak buat kek befday untuk die . tapi tengok dulu laa . kalau sempat , lia buat sendiri . tapi kalau tak sempat , memang beli dkat kedai secret recipe laa jawab nya . =P
die tuu nak kek dari secret recipe aje . wekk ! lia tak tahu nak belikan hadiah befday die ape tapi . . bile fikir punya fikir . lia tahu nak beli ape untuk die . hikhik . walaupun die tuu jenis yang panas baran , tapi sebenar nya die tuu penyayang . disebabkan sifat penyayang die laa , lia suke die . huhu . okay laa . tak nak cakap panjang . hope lepas ni die percaye dekat lia yang lia ade die aje . and lia tak mau lelaki laen . *sambil geleng-geleng kepala ! 

plezzz laa caye okay . lia tahu awak tengah bace . jangan marah ye ! just bace and diam saje . okay laa . lia akan bagi ape yang awak nak tuu . dah2 . jangan merajuk dgan lia lagi okay ? plezz . lia sunyi tanpa awak tau ! =) tapi awak kena jage elok-elok laa ye . kalau tak , siap awak . . !
rase nyer tuu je kot . k bai . 

wasalam


#saya sedar saya siape and tak perfect macam perempuan laen . tapi saya akan jadi yang terbaek untuk awak . jangan tinggalkan saya , okay ? =)

SEGMEN TINGKATKAN FOLLOWERS & TRAFIK BLOG !

Sunday, February 10, 2013


hai semua .
 tengah-tengah malam ni lia nak join segmen lorhh . sambil blogwalking blog orang laen . lagi pon mood nga tak de ni . T_T
okay laa . tak nak cakap panjang . 

SELAPUT DARA PEREMPUAN !

Saturday, February 09, 2013



Selaput Dara Selaput Dara

hai semua . .
di pagi hari ini , alhamdulillah lia berase teramat happy . tak tahu laa kenapa teramat happy . mybe sebab peristiwa semalam kot . sebab semalam lia dapat jumpe dengan yang tersayang . hikhik . lepas tuu dapat keluar dengan bakal kakak ipar pulak tuu . happy sangat ! haha . *okay . abaikan yang ni . 


tadi lia ade skodeng beberapa blog milik orang laen . saje-saje nak goyang kaki sambil makan angin dekat blog orang laen . bak kate pepatah inggeris , BLOGWALKING . bagi mengeratkan silaturahim sesama blogger . =) and last sekali tadi , lia ade bukak satu blog ni . 


and now lia baru tahu . *dah lama jadi perempuan tapi tak tahu pon pasal ni . ==" . sekarang lia nak share dengan korang segala maklumat yang lia dapat tadi . sharing is caring kan ? okay laa . berbalik kepada tujuan sebenar lia taip-menaip sekarang ni . ermm . korang tahu kan ni entry ape ? kalau tak tahu jugak , cube tengok tajuk dekat atas tuu ye . Terima kasih . T_T


apakah yang dimaksudkan dengan SELAPUT DARA ? selaput dara ialah satu regangan daging nipis seperti bawang yang meregang di pintu masuk lubang faraj . Ia sukar dikenal pasti oleh mata kasar . Sebagai lambang kesucian wanita , dara juga dijaga dengan baik sebelum perkahwinan dan hanya diserahkan kepada suami yang tercinta untuk dipecahkan (dikoyakkan) dengan tusukan zakar semasa jimak malam pertama . 


Ia boleh terkoyak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja . suatu hal yang patut diketahui juga , dara boleh juga terkoyak walaupun tanpa melakukan persetubuhan . Istilah GADIS atau ANAK DARA atau BIKIR bermaksud sebagai wanita yang belum berkahwin . walaupun begitu , lelaki mempunyai sifat keegoan . ada yang menolak wanita yang dikahwini apabila didapati bahawa pada malam pertama berjimak dengan isteri nya telah tiada dara . sebenarnya banyak atau sedikitnya darah yang keluar bergantung kepada bentuk dara . Jika air mazi si isteri banyak keluar , maka darah bayu akan bercampur pula dengan air mazi . Jika darah amat sedikit keluar , maka ia tidak dapat dilihat dengan jelas . 


mungkin dara terkoyak sedikit sahaja dan dari itu darahnya juga sedikit . besar kemungkinan suami telah memecahkan dara tapi tidak sedar akan fenomena ini kerana tiada tanda khusus yang dapat dikenal pasti dan kalau pon ada , cuma dari segi kesakitan si isteri . namun ia hanyalah sedikit dan sebentar dan akan hilang dalam keghairahan si isteri . ada juga si isteri yang dara nya bertaut kembali walaupun sudah melakukan persetubuhan dengan syarat si isteri itu tidak melahirkan anak . maka kaitan dara dan kesucian hanyalah adat dan bukan lah merupakan syarat yang sebenar .

and selaput daraa juga mempunyai pelbagai bentuk .

selaput dara Selaput Dara


akan tetapi terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan yang lahir tanpa selaput dara . ramai lelaki menganggap seseorang wanita tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama . anggapan ini sebenarnya kurang tepat . perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung kepada selaput dara . tidak semestinya seorang wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan akan tetapi boleh juga ketika melakukan aktiviti yang lasak seperti bersukan , menunggang basikal dan laen-laen .


selaen itu , selaput dara akan terkoyak juga jika jari hantu ke dalam vagina . ramai gadis yang tak tahu tentang hal ini . lia pon baru tahu . haishh . susah kan kite jadi perempuan . banyak pantang larang yang kena jauhi . nasib laa . kan ? lia dah cukup bersyukur sebab Allah ciptakan lia menjadi seorang perempuan . =)


terima kasih membaca entry lia kali ni . kalau nak tanye ape-ape ,silakan . jangan malu-malu . kita same-same perempuan . =) sampai di sini dahulu . wasalam