KAHWIN AWAL ? APE KELEBIHAN NYA ?

Saturday, February 23, 2013



 Assalamualaikum 
alhamdulillah . lia masih berpeluang untuk hidup di atas muka bumi Allah ini . dan juga alhamdulillah lia berpeluang untuk taip-menaip entry dekat dalam blog . tujuan lia taip-menaip nii nak share dengan korang-korang semua . ermm . sejak kebelakangan nii hati lia . ermm . hati lia . entah laa . tak tahu nak cakap macam mane . 

lia dah sedar sekarang nii . ya Allah . sungguh indah nya ! ermm . kalau korang nak tahu , lia pasang azam nak kahwin awal . ini bukan disebabkan rase gatal nak kahwin okay ! tapi disebabkan banyak barakah nya jika kahwin awal . ya Allah . lia same-same ingin kumpul pahala dengan bakal suami lia . insya-Allah . :D lia ingin merasai indah nya kahwin . banyak kelebihan nya jika kahwin awal nii . ini semua lia dapat ilmu dari seorang cikgu lia sendiri . sebelom-sebelom nii lia buntu tak tahu nak tanye dekat sape . tapi baru-baru nii cikgu lia baru jee kahwin . die kahwin muda . so dengan kesempatan ini , lia tanye die . mintak pendapat die . and alhamdulillah , bila die kongsikan segala nya dengan lia , dengan tidak sengaja , air mata lia mengalir . ya Allah , banyak nya kelebihan . lepas tuhh lia tanye tentang persoalan yang selame nii lia tertanya-tanya . and sekarang lia dah dapat jawapan nya . insya-Allah , one day !  lia dah pasang tekad ! lia cuma perlu tunggu si dia aje . hope hati die terbuka untuk menjadikan lia isteri nya yang sah ! lia akan tunggu hari itu .

di sini lia ingin kongsikan kelebihan kahwin awal :

<3 ia nya adalah sunnah Rasulullah S.A.W.
<3 dapat elak daripada maksiat .
<3 terpelihara hati dan jiwa .
<3 segala perbuatan kita dengan suami kita adalah pahala .
<3 pegang tangan suami ketika sebelum tidur , akan gugur dosa-dosa kecil di siang hari di celah-celah jari .
<3 renung wajah suami dengan penuh kasih sayang akan mendapat pahala .
<3 hidup juga penuh barakah .
<3 akan dibuka pintu rezeki seluas-luas nya .

itu antare nye yang cikgu lia kongsikan dengan lia and lia kongsikan jugak dekat korang-korang semua . ya Allah . banyak kan kelebihan nya ? senang jee kita nak dapat pahala . subhanallah . indah nya agama islam . :)  tapi kalau kahwin awal , mesti ramai orang yang berpendapat bahawa jika kahwin awal , nanti akan ada masalah kewangan , nak beli rumah , kereta , makan dan minum , ini , itu . kan ? same jugak dengan lia . nak tahu ape yang cikgu lia cakap ? cikgu lia cakap .

kalau semua orang fikir macam tuu , tak kan pernah dapat kahwin awal laa . bukan kah dalam al-Quran ada menyebut , "akan aku bukankan rezeki seluas-luas nya kepada mereka yang berjuang ke jalan-Ku , termasuk jihad , nikah (baitul muslim)" . bukankah kita disarankan mempercayai qada' dan qadar daripada Allah . rezeki Allah sentiasa ada pada mereka yang berjuang ke jalan Allah . demi meraih cinta hakiki , yang penting kita redha dan syukur . percaya kepada kekuasaan-Nya , DIA tidak akan pernah menganiaya hamba-hamba Nya . cuba fikir balek . bila masa kita 'bersedia' nak tunggu kaya , nak tunggu kerja , nak tunggu itu , nak tunggu ini , adakah kematian akan tunggu kita ? tak kan pernah lewat walaupun sesaat . meraih yang halal adalah lebih baik daripada meraih yang haram .

lia tanye lagi dekat cikgu lia . lia tanye . tempat tinggal nye macam mane ye bila dah kahwin nanti ? cikgu lia cakap , tempat tinggal tuu , kita boleh duduk dekat rumah ayah dan mak mertua dahulu secara bergilir-gilir . lepas ada rezeki lebih sikit , baru beli rumah sendiri . ermm . betol jugak dengan ape yang cikgu lia cakap . cuma kalau kahwin awal , si suami kena cari nafkah untuk si isteri . dan amat digalakkan jika si isteri juga bekerja membantu suami agar ekonomi sesebuah keluarga akan lebih stabil . :)

ermm . rase nyer nii je kot yang lia nak share dengan korang-korang semua . nanti ape-ape yang lia nak share lagi dengan korang-korang semua , lia akan update lagi dekat dalam blog lia nii okay ? 

wasalam ~ 

You Might Also Like

1 comments

drop here your comment.:)