SAYA DAH PUTUS ASA WAK ..

Thursday, June 06, 2013

Assalamulaikum and annyeonghaseyoo . Malam ni aku rasa adalah malam yang amat sunyi bagi aku . Baru aku sedar masa sekarang tak macam dulu .

Tapi sebelumm tu saya nak minta maaf kalau entry saya kali ni buatkan awak sama ada marah , geram , sedih , terharu andd so on . Saya hanya luahkan apa yang saya rasa jee . Saya minta maaf ye awak . Saya tahu awak tengah bace entry saya ni . Saya luahkan dekat dalam ni sebab saya tak tahu nak luahkan dekat awak macam mana . Daripada saya menangis tersedu-sedan dalam handphone sambil awak dengar ( saya malu ) lebih baek saya menangis masa taip entry ni aje . Tak de sape yang akan dengar melaenkan Allah .

Kepada awak yang dikasihi . Saya sudah sedar sekarang . Saya rasa rugi sangat sebab masa sebelum awak masuk universiti , saya tak luangkn masa yang sepenuhnya dekat awak . Betul cakap awak . Awak ada tanya saya sama ada betul ke saya rasa tak rugi kalau saya tak luangkn masa dengan awak sedangkan masa tu awak free sangat . Awak ingat tak awak tanya saya soalan tu ? And saya dengan ego nya cakap yang saya rasa tak rugi pon . Hmmm . Masa tu saya tak rasa lagi akibat daripada perbuatan saya tu tapi sekarang saya dah rasa . PAHIT !! Mybe masa tu saya ego sebab emo dengan awak . Sebab awak akan pergi jauh . :'(

Sejak awak dah masuk universiti , masa awak , awak habiskan dengan aktiviti orientasi yang telah diaturkan oleh pihak universiti . Selama seminggu pulak tu awak orientasi . Masa first day awak orientasi , saya boleh terima lagi . Boleh biasakan diri laa . Saya cuba sibokkan diri dengan buat-buat kerja rumah , tolong mama dekat dapur bagi nak kurangkan rasa rindu saya dekat awak . Itu baru first day awak orientasi .

Bila dah masuk third day awak orientasi , saya dah mula rasa hidup saya betul-betul kesunyian . Dulu saya tak pernah rasa sunyi sampai macam ni sekali sebab masa dulu awak ada . Awak setia and sabar melayan kerenah saya yang macam-macam songeh ni . Tapi sekarang awak dah masuk universiti . Sibuk dengan orientasi . Dapat luangkn masa dengan saya pon sebanyak 5% aje berbanding sebelum ni 95% - 100% .

Okayy . Saya dah sedar . Saya perlu biasakan diri untuk hidup macam orang single . Hmm . Saya sanggup tunggu awak setiap tengah malam sebab nak luangkan masa dengan awak walaupun saya tahu saya dapat luangkan masa dengan awak sekejap je . Disebabkan awak penat sebab kena hadiri orientasi , so saya kena terima semua ini . Saya kena biasakan diri mulai sekarang . Walaupun hati saya menangis and kesunyian .

Seriously saya rindu kenangan waktu dulu . Masa kite borak-borak dalam kelas . Gurau-gurau mulut sama-sama . Study sama-sama . Keluar pergi the mines sama-sama . Makan burger dekat mcd sama-sama . Kite berdua sambut birthday awak dekat mcd . Saya belikan awak kek black forest . Comel jee saya tengok awak makan kek . :') saya ingat lagi . Time tu kita ada kelas tambahan private dengan cikgu chemistry tapi time tu kite gaduh . Memang kita tak bertegur sape pon . Masing-masing senyap jee . Kalau awak nak tahu masa tu hati saya rasa seksa sangat sebab tak tegur awak . Rasa laen laa sebab tak tegur awak . Saya cuba buang ego saya and nak try pergi tegur awak tapi bila saya tengok muka awak masam je . Tak senyum langsung . Pandang saya pon tak buatkan saya nak nangis . Niat saya untuk nak tegur awak terus tak jadi sebab saya takut air mata saya jatuh depan awak . Tak ke malu saya masa tu . Macam budak kecik je kann ?? So daripada saya nangis depan awak , lebih baek saya balek rumah terus . Nangis puas2 dekat rumah . Lebih baek . :') so lepas habis kelas tambahan tu , saya terus balek . Masa saya keluar daripada pintu kelas , saya perasan awak tak pandang saya langsung kan ? Kejar saya apatah lagi . Hmmm

Time tu saya harap sangat awak kejar saya ( nampak ngade2 nya aku dekat ctu ) tapi sebalek nya yang diharapkan . So tak pe laa . Saya balek terus jela . Jalan sambil tunduk lantai tahan sebak . Masa saya dah keluar dari kawasan sekolah , saya time tu dah jauh dari pagar sekolah . Time tu baru awak keluar pergi dekat motor awak sebab nak balek . Bila saya dengar bunyi enjin motor turbo milik awak tu , okay . Saya tahu itu awak . Saya masa tu nak sangat pusing balek pergi dekat awak tapi saya rasa mybe awak takkan layan saya kan ? Dah la awak tak kejar saya so yang ni memang konfem awak tak layan saya so saya jalan je . Tiba2 dengar bunyi kereta papa saya dah sampai . Dalam hati rasa berat nak naek . Tak tahu kenapa . Mybe hati saya rasa tak puas sebab tak tegur awak satu hari . Hmmm . Time kereta ayah saya dah gerak nak balek rumah , saya sempat pandang arah belakang nak tahu sama ada awak ada ke tak dekat belakang tapi tak nampak pon so tak pe lahh . Hmmm

Saya rindu sangat dekat awak tahu ! :'( hmmm . Tapi satu je . Selagi orientasi awak belum habis , saya akan kejutkan awak bangun pagi . Tepat pukul 4.30 a.m , saya akan bangun kejutkan awak . Itu dah memang tanggungjawab saya . :) saya tak sanggup tengok awak beratur panjang dekat dalam toilet . Lepas tu lambat pergi orientasi . Tak nak la macam tu .

Kini tinggal lagi dua hari awak orientasi . Awak nak tahu tak . Dua hari orientasi awak tu saya rasa macam dua tahun tau awak . :'( ya Allah awak . Saya nak nangis balek . Mama pon cakap yang mama risau tengok saya sebab muka saya , kulit saya semuanya pucat . Hmmm .

Okay laa . Rasanya tu je kot saya nak cakapp . K bye ♡

You Might Also Like

2 comments

drop here your comment.:)