Adakah aku dapat terima kehilangannya ??

Monday, September 30, 2013

Assalamualaikum


adakah aku kuat ? adakah aku dapat lupakan segala kenangan manis bersama dengan nya ?? hmm . aku pon tak pasti . tapi yang pasti aku still sayangkan dia . wait ! hati aku masih cintakan dia . ye . sangat mencintainya . tapi aku sedar siapa aku di mata nya . 

memang betul cakap dia . aku memang tak layak untuk dia . aku memang tak sesuai untuk dia . memang betul pon ape yang dia cakap . memang patot pon dia cakap yang dia menyesal bersama dengan aku . hati siapa tak sedih bila orang yang kita sayang cakap perkara yang menyakitkan hati kita kan ? tapi aku terima dengan apa yang dia cakap .

ade sebahagian yang aku terima dengan ape yang dia cakap tapi ada jugak sebahagian yang aku tak terima . antaranya dia kata aku curang dengan dia . hmm sejujurnya aku tak de curang dengan dia . aku setia dengan dia . aku juga tidak menggatal dengan mana-mana lelaki . maksud aku menggedik laa . paham kann maksud aku ape ?

and aku pon mana ada playgirl . tapi aku tak paham kenapa dia cakap aku ni seorang yang playgirl . setahu aku , aku dah setia dengan dia . hmm . ya Allah . dugaan apakah ini ?

bila dia cakap yang dia menyesal dapat perempuan macam aku ni , aku sedar diri aku siapa . tak perfect mana . bila dia cakap macam tu , aku terfikir , hina sangat kahh aku ni ?? aku tak pernah menyesal bersama dengan nya bahkan sangat happy and bahagia bersama dengannya . tapi tak boleh jugak kalau hanya aku yang happy tapi dia terluka .


tak pe . biarlahh . aku lepaskan dia pergi . aku tak mahu tengok dia terluka lagi disebabkan aku , seriously aku tak sanggup . tak pee laa . walaupun hati ni berat untuk melepaskan dia pergi , tapi demi ingin menjaga perasaan nya supaya tidak terluka lagi , so pergilahh . 

pergilahh cari perempuan idaman yang mampu buadd awak bahagia and tersenyum . cukup lahh saya melihat awak happy and senyum bersama dengan perempuan pilihan awak tu . saya tumpang gembira . :)

saya takkan berhenti berdoa agar awak dengan perempuan idaman awak tu kekal sampai ke jannah . saya memang bukan jodoh awak tapi ketahuilahh . saya still sayang and cintakan awak . saya akan support awak dari belakang . kalau ada ape-ape masalah , share aje dengan saya . Insya-Allah saya akan tolong dengan sedaya upaya okayyy ? ;)

saya dah tak mahu tengok awak muram , sedih . saya nak awak happy aje . 

itu aje saya nak cakap pada malam ni . assalamualaikum ~

perlawanan futsal ~

Monday, September 30, 2013

Assalamualaikum guys !

hubungan aku dengan dia dah berusia 1 tahun 4 bulan and 2 hari dah . pada 27/9 lepas aku masa tu ingat tentang hari anniversary aku dengan dia tapi aku rasa dia tak ingat hari anniversary tu . hmm

it's okayy . tak pelahh kalau tak ingat . yang penting aku ingat .

now aku nak cerita tentang kemenangan aku dalam pertandingan futsal tempoh hari . pada hari rabu yang lepas , aku mendaftarkan diri dalam perlawanan futsal . kalau korang semua nak tahu , aku bukan laa hebat pon main futsal . tapi kaki terasa gatal nak main so pergi laa main .

masa tu ade berapa kumpulan entah aku pon tak ingat tapi masa tu aku group HARIMAU . aku mewakili group tu dalam perlawanan futsal . mula-mula tu rasa berdebar-debar jugakk laa sebab tak pernah masuk mana-mana perlawanan futsal sebelum ni . ni pon hanya sekadar mahu mencuba nasib . kod kod menang ke kann ??

masa first first main tuhh , perghhh penat gila nak kejar bola sana sini . nak kena rebut bola tuhh laaa sampai berpeluh-peluh aku dibuadd nyaa . masa perlawanan pertama aku tu , alhamdulillah aku menang 1-0 . second perlawanan pulak sayangg nya aku kalahh :( rasa sedihh tu memang menguasai diri ahh time tu sebab aku ni jenis tak boleh terima kekalahan . tapi nak buadd macam mana kalau tu bukan rezeki aku so aku redha . mybe perlawanan lepas ni aku menang ke barangkali ? so aku think positive . nak tahu aku kalah berape kosong ? 1-0 . -.-

masa third perlawanan tu aku jadi researve sebab aku bagi peluang pemain lain untuk main . takodd aku tengok dieorang mainn . nasib baik menangg . fuhhh ~

kira punya kira , group aku jadi juara bagi kumpulan 2 . lepas tuhh aku terpaksa berdepan dengan group kancil  iaitu group kawan classmate aku sendiri . perghhh ! masa tu terkejut beruk aku dibuadd nyaa . tak sangka aku terpaksa lawan dengan kawan classmate aku sendiri . nak tak nak terpaksa lawan jugakk laa . 

masa perlawanan tu , hati aku berdebar-debar . takodd kodd sebab kawan aku tu boleh tahan hebat jugak . time lawan punya lawan , nampaknya kami seri iaitu 0-0 . so kami terpaksa buadd sepakkan penalti . masa sepakkan penalti start , time tu aku just fikir satu je . adakah group aku akan menang ??

sepak punya sepak , lawan punya lawan , alhamdulillah disebabkan tendangan laju aku menyebabkan si penjaga gol tak dapat nak tangkap bola hasil sepakan aku . and then penjaga gol aku pon dapat menangkap bola hasil daripada kawan merangkap musuh aku . hihi

alhamdulillah . alhamdulillah . alhamdulillah . aku memang bersyukur sangat masa tu tapi lepas tu aku kena berhadapan dengan lagi satu kumpulan . kumpulan tu memang hebat sangat . memang aku kalah laa kan . lagi pon masa tu pon aku dah terlampau penat . ibu jari kaki aku pon dah terlampau luka and bengkak . hmm

tapi aku dapat no 2 so dikira okayyy laa kan :) say alhamdulillah . hihi


hadiah hamper yg aku dapat ( tempat - 2 ) xD






FINAL EXAM ?? :O

Sunday, September 29, 2013

Assalamualaikum guys !

dah lama aku tak tulis entry dalam blog aku . maklum laa . tak dok idea . ade tu sebenarnya memang ada . banyak pulak tu tapi sikap malas menguasai diri . :p


- keep calm and study for exams -

fuhhh . final exam aku makin menghampiri . perasaan takodd menguasai diri aku sekarang ni . final exam dah nak dekat tapi aku satu hapak pon tak baca lagi buku . acanoo ni ?? -.-

alia . bila kau nak sedar haa ?? haishh . dalam hati memang rasa risau tapi entahh laa . rasa malas pulak nak bukak buku . kalau setiap kali bukak jee mesti rasa mengantuk menguasai diri . selalu macam tu . ni fakta okeyhh ! lagi-lagi kalau aku baca buku agama and account . 

penat betul otak aku nak menghafal and membaca . tangan pulak lenguh bila buadd latihan banyak-banyak . lepas ni aku akan ada test 2 untuk account . lepas tu final exam . whaaaaaaaaaaaaaa ! aku rasa aku akan start busy dah lepas ni . hmm 

okayy laa . tu aje nak ceritaa . 

wasalamm ~


OMG ! Shawl dekat dalam insta ?

Monday, September 16, 2013

Assalamualaikum guys !

OMG . OMG . macam ni laa kalau excited sangat tengok pelbagai jenis corak shawl .. actually aku dah jatuh cinta dengan wide shawl and shawl cotton . nampak cute sangat uollsss !

hari tu aku ada skodeng insta , then aku terjumpa satu kedai ni . harga shawl dia boleh tahan laa . tapi mybe disebabkan kualiti kain tu menyebabkan harga nya mahal sedikit kodd =3

tapi aku tak kesah semua tu . yang aku kesah sekarang ni , aku dah jatuh cinta pandang pertama dengan dua helai shawl . okay . nafsu . nafsu . -.-

seriously aku dah jatuh cinta . OMG . OMG . aku nak shawl tu . serious nak shawl tu .

nak tahu nama kedai tu ? kedai tu dekat insta okay . @sg_house . banyak koleksi shawl yang lawa-lawa . and yang paling best , semua shawl tu pre-order tau . 

nanti bila aku dah beli shawl yang aku nak tu , aku tunjuk dekat korang okay :)

itu aje nak cerita .

k baiii !


Instagram

Monday, September 16, 2013

Assalamualaikum guys !


alahai . comel pulak aku tengok budak ni . kalau laa bakal anak aku muka macam tuhh , setiap hari aku akan cubit pipi die puas-puas .

jap . jap . aku nak tanya . korang ada instgram tak ? sekarang dah ramai yang pakai telefon pintar so mesti ada instagram kan ?? so ape lagi . jom laa kita follow mengfollow . aku tengah nak cari ramai kenalan ni . follow instagram aku , @yayaevanx_ . 


actually instagram ni ada kebaikan dan keburukannya sama jugak macam facebook , twitter dan lain-lain . satu yang aku tak suka instagram ni bila ada orang yang kita follow tu ya Allah pergi sent gambar yang tak senonoh . yang tengok nya aku antara salah satu following dia . bila aku tengok picture tak  senonoh , terus aku unfollow .

buadd ape kita nak unfollow orang yang macam tu . buadd tambah dosa kita ade laa . -.-
dekaat dalam instagram , kalau boleh tangkap laa gambar yang sopan sikit . ni tak , seksi . tak de rasa malu ke tunjuk dekat public ? 

aku sejakk kebelakangan ni hanya aktif twitter and instagram je . facebook aku dah jarang bukak . bukak pon bila rasa perlu je . entah laa . aku dah rasa bosan dengan facebook sekarang ni .

tak macam time dulu . dulu first social network yang aku bukak mesti facebook tapi sekarang dah tak dah . first yang aku bukak sekarang twitter and instagram je . 

hahha . kesian pulak dekat facebook . lepas ni aku tak tahu aktif ape pulak . mybe keek kodd . mybe jelaaa . insya-Allah :)

okay . tu je nak cerita .

kbaiiii !




Memory phone aku penuh ??!

Sunday, September 15, 2013

Assalamualaikum guys !

aku rasa geram sangat sebab memory fon aku dah penuh . itu pon fon aku yang bising-bising cakap . erghh !

tapi memang betul pon . kalau aku nak tangkap gambar ke download something such as mp3 downloading ke mesti fon aku cakap 'your SD card is full' okay . aku paham sangat .

sebab tu laa aku fikir aku nak tukar fon baru jee . tapi mama aku pulak tak kasi . -.- so sad betol lahh . mama aku cakap banyak lagi aku nak kena pakai duit untuk study aku ni .

ermm . bila difikirkan balik , betul jugak tu ape yang mama cakap . lagipon aku baru guna fon xperia j ni . dalam lebih kurang 5 month macam tu laa . =3

mybe salah aku jugak sebab asyik banyak download application . aku memang dah tak de cara laen selain kena buadd factory reset dekat fon aku tu .

tapi satu kerja la pulak sebab aku kena transfer segala gambar dalam fon aku tu , segala lagu ke dalam lappy aku yang satu ni . nasib baik memory lappy aku besar . 1 TERA . =3

tapi walaupun memory aku besar , aku jaga betul-betul lappy aku supaya tak masuk virus . aku paling benci benda tuhh . menyusahkan hidup aku betol laa .

nak tak nak , aku terpaksa la guna factory reset . ermm . okay . itu je nak cakap .

kbai !


Aku nak kasut boots !!!

Sunday, September 15, 2013

Assalamualaikum guys ! 

actually aku tak tahu nak mulakan macam mana . tapi yang pasti aku tengah over excited sekarang ni . tapi excited sebab ape ??

okay . now aku nak cerita . sebenarnya aku dah jatuh cinta dengan boots . entah macam mana entah aku boleh jatuh hati dekat boots pulak . sebelum ni aku lebih suka pakai kasut sarung aje . 

lepas tengok orang pakai boots ann . aku jadi jatuh hati pulak =3 nampak cantik bila pakai blouse and seluar then pakai boots . boots yang aku maksudkan ni bukan boots yang ni ..

boots ni nak pergi ke kebun okeyhh !

and bukan jugak boots yang ini .. !

yg ni pakai time ada pertandingan kawad kaki tuhh ..

boots yang aku maksudkan tu macam ni haa ..






mybe nampak simple and ganas tapi bagi aku , nampak cantik tau bila pakai dengan seluar . seriously aku jatuh cinta yang teramat boots yang macam ni . aku ingat aku nak grab dua pasang kasut boots . 

firstly , of course laa aku nak cari colour hitam sebab colour hitam boleh dipadankan dengan semua baju . and secondly aku nak beli colour coklat . colour coklat adalah colour favourite aku kalau nak beli kasut . aku tak tahu kenapa aku minat sangat colour tu . mybe sebab cute kodd . hehehe

aku dah jumpa dah sebenarnya kasut boots yang aku nak tu cuma aku just tengah kumpul duit jee sekarang ni . 

tak sabar rasanya nak pakai kasut boots . 

okayy laa . sampai di sini dahulu . jumpa di lain hari . baii !

Segmen 1st Mama

Sunday, September 15, 2013


Assalamualaikum guys !


tengah2 pagi ni aku nak join something bagi nak hilangkan boring aku . huhu . aku tak tahu nak buadd ape . tiba-tiba aku nampak segmen daripada mama so aku nak join sebab syarat-syarat nya pon simple aje :) so korang-korang semua ..

ape lagi . jom laa join sekali :)

Tak semestinya perempuan yang cantik untuk lelaki yang hensem !

Saturday, September 14, 2013

Assalamualaikum guys !

malam ni aku terasa gatal nak menaip so antara salah satu cara untuk aku melepaskan gian adalah dengan menaip dalam blog aku yang satu ni .

aku tak paham laa dengan manusia zaman sekarang ni . what ? kau ingat manusia yang bergelar seorang perempuan ni kalau mempunyai rupa paras yang cantik hanya lelaki yang hensem aje ke yang layak untuk memiliki perempuan tersebut ?

pada pendapat aku laa kan . hensem ke tak hensem ke tu semua tolak tepi . rupa paras tak penting . yang penting agama and hati .

kalau rupa paras je hensem tapi agama entah ke mana . entah dia dapat bimbing kita ke tak entah . lelaki yang ada agama ni insya-Allah dia dapat bantu and bimbing kita dapat syurga jannah di akhirat kelak .

itu first . second of course laa kita kena pandang hati dia . sama ada hati die suci or busuk . well sekarang dah berlambak lelaki yang mainkan perasaan perempuan . kejam tak kejam lelaki zaman sekarang . tapi tak semua laa lelaki macam tu cuma ada laa jugak lelaki yang macam tu dekat atas muka bumi ni .

kita sebagai perempuan kena cari lelaki yang betul-betul setia dengan kita . sekarang kan dah banyak lelaki yang gatal-gatal . rasa macam nak belasah jee lelaki-lelaki yang gatal2 tuhh . 

sedar laa diri tu sikit . dah ada girlfriend dekat sebelah tapi mata pandang perempuan lain . aiii . aku pantang betul lelaki buaya darat macam tu . oii kesian laa dekat girlfriend kau tuhh . dia setia dengan kau tapi kau kenyit2 mata dekat perempuan lain .

kau ingat perempuan yang kau kenyit mata tu cair dengan kau ke ? tolong lahhh . makin meluat ada laa .

aku dengan boyfriend aku pon sekarang aku tegas . why aku tegas ? sebab aku tak nak kehilangan dia . and nak bagi dia sedar sentiasa yang dia sudah dimiliki and bukan nya still single . and aku jugak tak mahu dia jadi macam lelaki zaman sekarang yang mata nya ya Allah gatal bebenorr . pantang nampak perempuan lawa aje , mesti nak usha .


kalau aku tahu boyfriend aku gatal macam tu jugak , memang siapp laa dia . tapi aku percaya dia tak macam tu . aku kenal dia macam mana .ermm . okayy laa . 

itu aje aku nak membebel sebenarnya . aku cerita ni dari pengalaman aku sendiri . 

baiiiiiii ! :)

Playgirl ??

Sunday, September 08, 2013

Assalamualaikum semua :)

hari ni bagi aku antara hari yang tak best sebab hari ni aku kena balik asrama . hua hua hua :'( okay . forget it ! now ermm . aku nak share something .


Ustaz Azhar Idrus pernah cakap , 'wanita yang suka melayan ramai lelaki tidak sesuai untuk dijadikan isteri ...'

so maknanya playgirl lhaa tu kan ?? habis tu kalau 'lelaki yang suka melayan ramai perempuan tu ? layak ke untuk dijadikan sebagai suami ??'

aku rasa statement due2 tu same sahaja . sebenarnya aku tak paham dengan lelaki ni . kenapa susah sangat nak percaya yang pasangan die betul-betul setia dekat die ?? 

and one more thing .. kalau nak pasangan tu setia dekat die , die sepatutnya haruslah jauhkan diri daripada melayan mana-mana perempuan . tapi ni sebaliknya . macam mana pasangan nya nak setia dengan die ??

takkan hanya pasangan die sahaja yang setia terlampau , tak layan mana-mana lelaki , hanya layan die seorang sahaja , hanya die sahaja yang selalu dijadikan tempat meluahkan perasaan , masalah , selain Allah  sedangkan si die melayan ramai perempuan and bukannya hanya melayan pasangannya sahaja . adakah ini yang dinamakan adil ??

bila pasangannya start melayan lelaki lain , tahu pulak ade perasaan marah . tapi die tak sedar ke yang die melakukan perbuatan yang sama ??

perempuan tak suka diabaikan . seriously tak suka diabaikan lagi-lagi diabaikan oleh boyfriend die sendiri . #fakta

kalau die terasa diabaikan , die akan mula cari lelaki lain . 

tapi aku setakat ni tak de rase nak cari lelaki lain sebab hati aku kosong untuk menerima mana-mana lelaki selain die . 

adakah aku ni playgirl ?? sedangkan aku dah betul-betul setia . aku menjaga pandangan daripada pandangan mana-mana lelaki . aku juga tundukkan pandangan jika di satu tempat itu ada ramai sangat lelaki . and aku juga jaga aurat aku daripada mana-mana lelaki yang berada disekelilingku . aku betul-betul setia . aku tahu aku ini dah dimiliki . tapi takkan hanya aku sahaja yang terasa sudah dimiliki sedangkan die pulak macam mana ??

adakah rasa perkara yang sama ?? aku siap nyanyikan lagu 'sempurna' lagi dekat die . aku tahu suara aku tak sedap . tapi sekurang-kurangnya aku nyanyi . aku buangkan segala rasa malu yang ada dalam diri aku semata-mata mahu buktikan dekat die yang aku sayang die , setia dan mahu menjaganya . tapi adakah die perasan semua itu ??

yaa . aku sedar aku ni tidak lhaa perfect . tidak lhaa baik mana . tapi sejahat-jahat aku , aku setia . aku dah paham ape itu erti setia . yaa . aku sayang die . sayang sangat . adakah die sayang aku ?? ataupun aku hanya syok sendiri sahaja ?? aku pon tak tahu . hmmm . tapi yang aku . tengok daripada cara die yang die tak sayang aku . tengok cara lhaa . entahh lhaa . aku pon tak ttahu . ikodd firasat aku jee .

ya Allah . aku redha . aku redha dengan ketentuan-Mu . jika kami ada jodoh , perjodohkanlah kami . kau jangan lah pisahkan kami berdua . sesungguhnya aku amat mencintainya . lindungilah die dari segala kecelakaan dan jauhilah die dari segala kemungkaran . ampunkanlah segala dosa-dosa nya . Amin amin amin !