Setiap pertemuan mesti ada perpisahan

Wednesday, October 30, 2013

 riben Assalamualaikum riben


kembalinyaa aku dengan entry yang baru . sekarang aku tengah dalam revision week . nama jeaa revision week tapi study ponn sikit jeaa baru . haihhh . why ? nak tahu kenapa ?? haaa . disebabkan rasa malas . yes ! rasa malas yang teramat . ya Allah . masa final exam makin dekat laa sikap malas tergedik-gedik datang dekat aku . aku pon tak paham . 

masa final exam lambat lagi , tak de pulak sikap malas ni datang . and masa tu rajin pulak aku nak study . why ? why ? why ? nampaknya aku kena lawan dengan sikap malas aku ni . kalau asyik layan sikap malas ni , sampai ke sudah aku tak study -.-

but today bukan itu yang aku nak ceritakan . yang aku nak ceritakan sekaraang ni ialah .. pertemuan aku dengan si dia tempoh hari . dalam banyak-banyak hari , hari sabtu lepas laa hari yang paling happy and bahagia buat aku . aku rasa macam aku di awang-awangan . heee

sebab ape ? sebab aku dapat meet dengan dia setelah beberapa hari tak jumpa dia . sebenarnya aku dah pernah jumpe dia sebelum tu tapi hari ahad tu paling best laa bagi aku setakat ni aku keluar date dengan dia :)

- masa keluar dengan dia hari tu <3

*dalam banyak-banyak gambar kami berdua snap hari tu , aku paling suka gambar ni . hihi

masa keluar date dengan dia tu , dia layan aku macam aku ni seorang anak and dia adalah seorang ayah yang sangat-sangat sweet . memang sweet la masa tuhh .

aku kan dah lama mengidam nak makan pasta dekat pizza hut then dia bawak aku pergi sane . but sebelum tu dia bawak aku pergi tengok wayang dulu . kami berdua tengok cerita kartun cloudy 2 . mula-mula ingatkan nak tengok cerita Insidious - Chapter 2 tu . tapi tak jadi . lagipon dia ada cakap yang dia tak suka tengok cerita seram macam tu takut terbayang-bayang katanya . 

yess ! aku dah tahu kelemahan dia . hehe . padahal aku pun penakut juga kalau tengok cerita-cerita seram ni . hahaha . but sokayyy laa kan . kami berdua sama . secocok lahh tu . hee :)

best jugakk laa cerita cloudy 2 tu . masa mula-mula nak beli tiket wayang tu , kami berdua tak tahu nak tengok cerita apa sebenarnya tapi akhirnya kami berdua memilih cerita cloudy 2 . bak kata si dia ,"tengok cerita kartun laa best . dapat releasekan tension setelah sekian lama kita sibuk dengan belajar jeaa . nak freshh/rilekss kan otak so layan lahh kartun". 

ermm . betul jugak kan cakap dia ? lepas dah habis tengok wayang , kami pergi jalan-jalan dekat Times Square . mula-mula aku ingat memang pergi dekat Times Square je tapi rupa-rupanya pergi dekat Jalan Tar . what ? pergi Jalan Tar pakai kasut boots ?? memang takk laa kan . memang serius kaki aku melecet . sakit :(

and ramai jugak yang pandang pelik dekat aku sebab pergi Jalan Tar tapi pakai kasut boots . hahaha . okayyy . serius kelakar sampai kakak dia and kawan akak dia pon tersengih sama bila aku cakap macam tuhh . disebabkan kaki aku yang dah melecet sangat-sangat , so kawan akak dia bawak aku pergi kedai jual kasut flat . 

masa mula-mula aku masuk kedai kasut tu , panas tu memang panas sebab kedai tu tak ada air-cond . haha . tapi tak kesah semua tu . yang aku terkejut semua harga kasut dekat situ murah-murah betul . aku ambil satu kasut ni . bagi aku kasut tu sangat lawa sebab corak-corak bendera tapi sayang sebab tak muat dengan kaki aku . haha . dah la masa tu badan aku dah berpeluh-peluh , dengan kaki aku yang melecet , aku dah tak larat nak pilih kasut mana . and masa tu jugak lahh dia macam tahu-tahu aje aku dah penat and sakit , dia tolong aku pilih satu kasut .

huu . how sweet ! :* and kasut yang dia pilih pon cantik . :)  pandai dia pilih . tanpa berlengah masa , aku pun beli kasut tu terus pilihan si dia . heee . thanks awak ! sayang sangat dekat awak .. :*

lepas pakai kasut tu , kaki aku daripada sakit jadi tak sakit . see . hebat tak kasut pilihan si dia . kami pon pusing-pusing laa dekat kawasan Jalan Tar tu . masa dekat Jalan tar tu , aku tak banyak pon shopping . just shopping selimut jee . omel tau selimut aku tu . hee . warna pink gitu-gitu lahh . 

and masa dekat Jalan Tar jugak lahh dia sentiasa care dekat aku . jaga aku betu-betul . tak nak kasi aku hilang . yelahh . aku ni pendek and kecil jeaa lain laa dia . tinggi and badan dia pon tegap . dia dikira bodyguard aku lahh . haha . sweet sangat dia masa tu .

betul lahh bak kata pepatah , setiap pertemuan mesti ada perpisahan . hm siang kami bertemu/berjumpa , ketika malam sudah menjelma , kami berpisah . :( i miss him so badly right now . seriously :'(

aku tak tahu bila lagi aku dapat jumpa dengan dia . hope satu hari nanti berpeluang untuk berjumpa dengan dia balik . hope so .. teddyteddy

ermm . okayy laa . sampai di sini sahaja entry aku kali ni . kawan aku a.k.a. makcik aku . haha dah bising . okayy baii !

Salam

You Might Also Like

2 comments

  1. halo yaya ^^ ehemm seronoknye jalan sama si dia ea :D

    ReplyDelete
  2. hehe . alhamdulillah . memang happy sangat :)

    ReplyDelete

drop here your comment.:)