Final Exam

Sunday, November 17, 2013


aku sekarang tengah dalam akhir semester 1 diploma . so maknanya sekarang aku tengah final exam . lagi seminggu je weyhh aku dah nak habis belajar semester 1 . rasa sekejap sangat . and aku sekarang ada lagi dua paper lagi . then after that i'm freedom . ouhhh yeayhhhhhh !

btw now aku nak cerita pasal kisah aku masa ambil paper final exam . sebelum start exam final tuhh , aku sempat lagi maen-maen , tengok tv , layan youtube , layan movie n laen laen padahal exam lagi beberapa hari je lagi . bagus takk ? okayy , aku tahu tak baguss so jangan ikot perangai macam aku okeyhh . tak elok ! ishh3 *okeyhh  geleng geleng kepala

lagipon masa mula mula first paper tuhh subjek BI so aku tak tahu nak baca ape . cehhh . macam dah pandai jeaa kau yekk ? haha . dulu masa SPM , aku mana suka subjek BI . Seriously TAK SUKA ! walaupun aku tak suka , aku kena ambil jugakk . okeyyhh nampak di situ keterpaksaan ambil subjek BI . ;p

BI aku just study grammar jeeaa . yang lain In Sha Allah aku boleh buadd . masa first day paper BI final exam tempoh hari , alhamdulillah aku dapat jawab dengan mudah . mudah kee ? bolehhh laa . alhamdulillah Allah bantu aku masa nak jawab tuhh . tapi masa tuhh , aku adalah orang paling last keluar dewan peperiksaan . haha

second paper pulak paper subjek Arab . alahh . Arab . kacangg jeaaa . ;p yekee kacang jekk ? aku rasa tak jugakk . aku punya final exam kali ni soalan nya boleh tahan susah jugak berbanding final exam yang tahun sebelum sebelum ni . seriously . masa mula mula aku bukak paper Arab tuhh , terkejut beruk gakk laa masa tengok soalan dia . masya-Allah . boleh keeaa aku jawabb nihh ? aku masa tu try jawabb . alhamdulillah lahh . banyak jugakk yang aku dapat jawab . alhamdulillah . alhamdulillah :) aku yakin Allah sentiasa ada disisi aku and sentiasa tolong aku masa tu . okayy done paper Arab for that day .

third paper pulak perghh . yang ni aku takodd . takodd sebab paper ni memang tak boleh main main . tak boleh leka , tak boleh silap sikit pon . kalau tak habis jawapan salah so automaticly markah pon banyak turun . nak tahu subject ape ? haaa . subjek financial mathematics lahh . susah kodd subjek nihh . aku jadi sakit kepala masa jawab paper nihh . masa mula mula masuk dalam dewan peperiksaan tuhh , perghh aku rasa kecut sangat masa tuhh . financial mathematics tuhh weyhh . antara subjek killer . masa aku start jawab , alhamdulillah . first question aku dapat jawab . second question ? perghhh . soalan killer habis ! habis aku . aku tinggalkan kejap . sebab second question tu adalah bab yang paling aku tak suka . please lahh . so aku terus masuk ke third question . alhamdulillah dapat jawab dengan tenang . and soalan terakhir pon aku dapat jawab . lepas dah habis jawab soalan yang terakhir tuhh , aku terpaksa balik ke second question . walau ape pon . aku kena jawab semua soalan . wajib okayy ! sebab ada markah tuhh . biar lahh salah pon asalkan aku try mana tahu jawapan aku betul ? markah free aku dekat situ . lepas aku dah settle jawab , aku check banyak banyak kali takodd jawapan aku silap ke ? ada salah kee ? lepas aku dah puas hati dengan jawapan aku , aku terus keluar daripada dewan peperiksaan . tak sanggup dah nak duduk lama lama dalam dewan peperiksaan . rasa seram sejuk jee .

hari keempat aku nihh . perghhh ! paper dia memang paling tiptop ahh killer . tak lain tak bukan subjek financial accounting . sebab aku ambil bidang account n finance so account tu semestinya ada and memang wajib aku belajar sampai habis diploma . masa mula mula aku masuk kolej belajar subjek account , aku rasa terseksa sangat and aku jugak pernah nangis hanya disebabkan aku rasa fed up dengan subjek account . yelahh . subjek account nihh subjek profesional lagi lagi aku ni yang tak da basic account . memang seksa yang teramat lahh kan ? aku sebenarnya dah give up dengan subjek account sebab aku asyik kena marah and kena marah dengan lecturer account aku sebab tak dapat jawab soalan dia dekat papan putih . masa tuhh aku rasa down sangat . masa paper account dah nak hampir pon , aku risau sangat takodd aku tak dapat jawab soalan account . takodd soalan account susah . sehari sebelum paper account final exam , aku tak tahu nak buadd ape . tapi masa tu aku fikir .. aku boleh buadd . hasil titik peluh aku satu hari study gila gila yang teramat sampai mampu jawab 5 paper final exam tahun tahun lepas dalam masa satu hari jee . hebat takk ? haha . selain tu sokongan daripada mama n papa and si dia yang aku sayang jugak sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat aku untuk belajar account . mama aku tahu aku tak da basic account and kena study banyak benda pasal account berbanding orang lain yang dah ada basic account . aku jugak tak putus putus berdoa kepada Allah semoga aku dapat jawab paper account pada keesokkan hari dengan sangat tenang and aku jugak berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan aku pada hari aku paper account tu . 

dan pada kesokkan harinya , siapa tak berdebar kan nak jawab . subjek killer tuhh sedang menghantui semua pelajar yang ambil subjek account . aku masa tuhh tak payah cakap lahh . perasaan gementar menyelubungi diri . aku banyak kali cakap dalam hati semoga aku dapat jawab paper account . aku dah study sehabis mungkin dah .. and aku harap dengan usaha aku tuhh membuahkan hasil . masa mula mula bukak paper account tu , rasa berdebar sangat . dengan lafaz bismillah , aku baca satu persatu soalan yang ada dekat paper tu . perghh susah . masya-Allah . masa tu , satu je aku ingat . masa tu je aku berharap . satu je tempat aku minta tolong tak lain tak bukan Allah Maha Esa . aku berdoa semoga ketika aku tengah jawab soalan account nihh , aku kira kira jawapan last sekali aku dapat balance . and mula lah aku start mengira . n terus mengira dengan penuh teliti . aku baca betul betul soalan yang dia tanya . dalam account , worksheet , cash book n bank statement bagi aku paling susah . first aku jawab worksheet dulu sebab worksheet banyak keja kena mengira . so aku start lahh mengira dan terus mengira dengan penuh teliti . lastly masa aku dah nak sampai ke jawapan dia untuk nak tahu sama ada balance ke tak .... masa tuhh aku banyak banyak berdoa semoga balance jawapan aku . tambah punya tambah then tolak , aku pon tekan simbol = , perghhh . alhamdulillahhhhh . balance . tapi aku tak percaya sebab biasanya aku kena buadd banyak kali baru balance tapi ni aku  baru buadd sekali dah balance . masya-Allah . alhamdulillah ya Allah . alhamdulillah . aku try check dekat bahagian adjustment . alhamdulillah balance . dekat bahagian adjusted trial balance pon aku balance . so memang confirm jawapan aku betul . alhamdulillah ..

seterusnya aku pergi dekat bahagian income statement n balance sheet . kira punya kira alhamdulillah jawapan aku balance lagi . seterusnya aku pergi dekat cash book n bank statement . aku try buadd . kira punya kira , alhamdulillah aku dapat jawab . n jawapan yang aku dapat tu pon sama angka dengan angka yang ada dekat dalam kotak soalan tuhh . alhamdulillah ya Allah . kau permodahkan segala urusanku . terima kasih ya Allah :') aku masa tu rasa nak nangis sebab usaha aku study satu hari hanya untuk subjek account , satu hari aku dating dengan subjek account daripada pagi hinggalah ke malam . alhamdulillah usaha aku membuahkan hasil . terima kasih jugak kepada kawan aku iaitu myza yang bantu aku . ajar aku subjek account yang aku tak tahu . thanks oallss !

now aku done jawab three papers . and i have two more paper left . whoahhhh ! dua dua paper tuhh menghafal . sakit lahh kepala aku nanti -.- boleh besar kepala aku nanti . hihi .  doakan aku yaa ! semoga aku dapat jawab dengan tenang :) 

mulakan dengan bismillah and diakhiri dengan alhamdulillah :)

assalamualaikum ~ teddy

You Might Also Like

0 comments

drop here your comment.:)