brushes

Cara shopping di Shopee My.

Tuesday, December 08, 2015

Assalamualaikum.


Sekarang alia nak cerita. Before this alia ada buka blog kak sabrina tajudin. Dia ada post pasal satu apps dalam apps store, dalam android pon ada jugak. Nama apps tu... 

Taraaaaaaaaaaaaaa!

Shopee


Dia lebih kurang macam carousel jugak. Before this alia pernah download apps carousel dalam phone tapi alia uninstall sebab alia rasa tak ada apa barang yang menarik yang alia perlu beli hihi. Nak tahu kenapa alia lagi suka apps shopee daripada carousel? Sebab shopee ni selalu buat sale kenkadang 30%, kenkadang sampai 70-80% pon ada jugak tau. Tu yang alia suka shopping dalam tu. Shopping tu shopping jugak, duit habis terbang T_T

Baru-baru ni alia ada shopping makeup brushes dalam apps shopee and baru je tadi parcel yang alia order sampai. Alia rasa excited sangat ni nak bagitahu tu yang terus update blog tak tunggu esok lusa. Alia ni jenis suka makeup tapi tak ada la pakai makeup yang tebal-tebal tu. Just makeup bagi muka kita nampak fresh, natural aje. Tak suka pakai makeup tebal-tebal kang rimas and then tak bernafas rasa kulit muka ni.

Now, alia tengah kumpul makeup brushes and morphe brushes pro palette. Morphe brushes pro palette tu alia dah order, tunggu sampai je. *tak sabar nak main-main dengan palette tu* oh ya! Alia suka GILA dengan brand morphe brushes and colourpop! Nanti alia buat review pasal dua brand tu next time.

Okay dah lari jauh dah ni cerita. Nak tengok brushes yang alia beli?

Here is this.


Ada 10pcs. Nak tahu berapa harga untuk semua brushes ni? hehehe kang alia bagitahu jangan terkejut pulak. Harga asal dia rm38 tapi tengah ada promo so harga after promo rm26.60. And then alia dapat discount code rm10 dari shopee so total rm16.60 free shipping tau! MURAH kan? wehh serious murah gila wehh! rm16.60 dapat 10pcs brushes. Tempat lain tak dapat tau harga ni. Bukan murah je, LEMBUT GILA bulu dia. Alia tak sangka bulu dia lembut sangat memang worth it la beli. 

Macam mana nak shopping dekat shopee ni? Senang je. 

1. Korang search then download apps shopee dekat play store (android) or apps store (IOS)

2. Bila dah open, cari la barang apa yang korang nak beli tu. Macam alia, alia nak beli makeup brushes so alia search la 'brushes'.

3. Bila dah jumpa barang apa yang korang nak tu, korang klik items tu. Then tekan 'buy now'

4. Nanti items yang korang nak beli tu akan masuk dekat shopping cart. Lepas dah settle, tekan 'check out'

5. Nanti dia suruh masukkan korang punya address.

6. Lepas tu dia akan proceed ke shipping macam gambar bawah ni.


7. After that, proceed to payment option. 


8. Alia pilih cimb clicks untuk pembayaran so tekan cimb clicks and then tekan Next.

9. Dia akan keluar macam gambar dekat atas ni. Then tekan Proceed then dia terus buka website cimb clicks. Dont worry sebab apps ni selamat takkan amek duit or tolak duit dalam bank kita sesuka hati. Terus buat payment then akan keluar macam dekat bawah ni.


10. Yeayy! your payment successful hehehehe bye bye duit *crying* then tekan 'OK'.

11. Lepas tu dia automatik akan pergi bahagian 'To Ship'. Dekat sini nanti dia akan update tracking no okay so be alert. Nanti dia akan sent notification. 


12. Tunggu la barang uolss tu sampai dekat depan rumah ye hihihi senang bukan shopping dengan shopee? 

Okay tu je kot nak cerita hari ni. Tunggu next story pulak eh. Bye

xoxo,

Alia.


colourpop

My lipstick's collection.

Thursday, November 19, 2015

Assalamualaikum.

Kalau nak tahu, aku ni jenis suka kumpul lipstick. Im obsesssss with my own lipsticks HAHAHAHA sebenarnya dari kecik lagi aku suka pakai lipstick cuma masa kecik tu aku curi-curi pakai lipstick mama aku la. But now dah besar so dah mampu beli lipstick sendiri. Kalau aku sendiri la, aku takkan beli kalau harga lipstick tu atas rm35-rm40. Mybe sebab aku ni kedekut duit sikit. Tapi kalau brand lipstick macam M.A.C. ataupun NARS ke memang sesuai la dengan harga dia even bagi aku harga dia mahal untuk satu lipstick tapi berbaloi! Buat masa sekarang aku tak ada rasa lagi nak beli lipstick M.A.C. even aku tahu lipstick matte dia best. Bukan sebab apa, aku still student so nak beli lipstick tu aku kena fikir dua tiga kali. Sekarang kan semua barang mahal after gst.

Mostly my lipstick's collection banyak warna nude and pink. Warna merah tu aku tak berapa ngam sangat sebab macam nampak over sangat bila aku pakai. Sekarang ni, aku paling suka kumpul NYX Soft Matte Lip Cream (smlc), La Girl Lip Gloss, Wet n Wild Megalast Lipstick and my favourite one is Colourpop! Tapi aku baru-baru ni ada beli 3pcs Golden Rose Velvet Matte Lipstick and i love it so much! Very very very very pigmented macam M.A.C. matte lipstick. Nanti aku buat review pasal GRVML tu okay!

Now, here my liptick's collection. Tak banyak pun hihi

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Lipstick yang paling aku suka pakai, Smlc Zurich. Aku paling suka pakai warna tu sebab cantik sangat sangat okay! Ni aku closed up sikit smlc zurich.

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Warna dia nudes tapi more to pinky shades sebab tu aku suka He He He cantik kan? Nanti aku buat lip swatches setiap brand lipstick yang aku ada. Stay tuned okay?!

xoxo, 

Alia.

Pengalaman kerja part time dekat kedai makcik sendiri.

Saturday, June 27, 2015

Assalamualaikum.

Haiiiii! finally aku berpeluang untuk online jugak. bayangkan hampir sebulan aku tak duduk dekat rumah time cuti semester ni. nak tahu aku pergi mana? haaaaaa. selama sebulan aku cuti sem, aku kerja. kerja dekat mana? mula-mula aku minta kerja dekat parkson pavilion tapi parents aku tak bagi so aku minta tolong my bf untuk minta kerja part time untuk aku.

Dia pergi minta kerja dekat area dalam tesco. banyak juga kedai yang dia minta tapi dah beberapa hari aku tunggu tapi tak ade ape-ape panggilan telefon pon. sedih gilaaaa aku masa tu! bayangkan aku berharap sangat nak dapat kerja dekat area dekat dengan rumah aku je tapi tak dapat pulak. so aku decide untuk kerja dengan makcik aku je dekat shah alam. lagi pun makcik aku perlukan pekerja untuk kedai makan dia tu.


Hampir sebulan jugak lahh aku kerja dengan makcik aku. hanya Allah je tahu betapa penatnya kerja dekat kedai makan. masa genap seminggu tu, aku rasa macam, "ya Allah. penat gilaaaa! habis sakit badan-badan aku ni." mula-mula tu aku ingat aku dah give up tapi bila fikirkan balik, demi nak dapatkan duit, so aku kena kerja jugak. tak lama pon kan, kurang sebulan aje.

Sejak aku kerja selama hampir sebulan dekat situ, aku dah jumpa dengan macam-macam ragam customer tau. mostly yang datang kedai makcik aku tu lelaki. aku ada jumpa lelaki tu hensem ada, yang gatal ada, yang pelik pon ada hahahahahaa

Kerja aku dekat situ ialah jadi as tukang amek order makanan/minuman, tukang hantar makanan/minuman sometimes, tukang lap meja (kerja yang aku paling suka!) and tukang jaga kaunter duit. aku excited gila bila dapat pegang duit banyak-banyak setiap hari.

Pekerja yang kerja dengan makcik aku mostly from indon. even indon pon, ada jugak bahasa percakapan dieorang yang aku tak paham hahahaahaha stresss pulak aku time tu. tapi bila dah lama kerja dengan dieorang, sebenarnya best jugak even penat. sebab dieorang semua jenis happening, jenis yang gila-gila. selalu buat aku gelak bila aku tengah stress ke, not in mood ke or tengah bosan. terasaa rindu pulak nak kerja sana lagi huhuhu

In Sha Allah raya nanti aku nak singgah kedai makcik aku nanti jumpa dengan dieorang. okay lahh, chaww dulu.

bye!

xoxo, LIYAAAAAAAAAA.

New perfume collection

Wednesday, June 03, 2015

Assalamualaikum.

Finally my new perfume safely arrived! korang tak tahu betapa addicted nya aku dengan perfume ni huhuhuhu i'm super excited today, seriously! aku ni jenis suka jalan-jalan cuci mata dekat shopping mall, beli nya tidak hahahaha sebab bagi aku, if barang tu aku rasa perlu, so aku beli. kalau aku rasa tak perlu, so aku just tengok je.

Tapi setiap kali kalau aku pergi shopping mall, aku wajib singgah kedai perfume sebab aku suka perfume hihihi sekarang aku dah ada banyak koleksi perfume. nanti aku share one by one koleksi perfume yang aku ada.

But now, aku nak share koleksi perfume baru, yeayyy! perfume ni dah lama aku aim tau sebenarnya. setiap kali singgah sephora, aku akan cari perfume tu. bau perfume tu wangi sangat-sangat. bau dia seakan-akan bau buah-buahan and a bit floral notes, i like it!
Disebabkan rezeki aku bulan ni lebih sikit, so aku decide nak beli sebab asyik terbayang-bayang je :( and now i got my perfume huhuhuhu finally :') you know what perfume that I bought? hehehe

Perfume midnight romance by ralph lauren. yeahhhh this perfume lahh buat aku gila bayang hahahaha ni perfume baru by ralph lauren. First time aku bau this perfume, aku terus jatuh cinta. bau dia tak kuat sangat. bagi aku bau dia lembut je even EDP. yeahh EDP okay huhuhu


Perfume SI by Giorgio Armani. this perfume mmg 100% bau vanila. bagi aku bau vanila dia strongg tapi tak memeningkan kepala. itu bagi aku la tak tahu bagi orang lain macam mana kan? tapi aku jenis yang suka perfume bau buah-buahan and vanila, so sesuai lah kan?


Kalau perfume yang bau spicy tu aku tak berapa nak suka sangat. i don't know why huhu kalau bau floral tu aku boleh la terima lagi tapi kalau terlampau bau floral sangat, tak boleh jugak hahahahaha tp perfume coco mademoiselle aku boleh ngam pulak hahahaha mybe sebab bau orange dia tu kot.
Alhamdulillah, my wishlist dah tercapai. next wishlist is nike roshe ombre pulak. Kalau wishlist perfume pulak, lepas ni aku nak grab perfume Modern Muse by Ester Lauder & Victoria Secret Bombshell Edp.



In Sha Allah. tapi misi utama aku nak grab iPhone 5s dulu kahkahkah sebab tu aku tengah nak kerja sekarang ni. Mybe start esok aku kerja dengan mak cik aku dekat kedai makan. doakan aku dapat bertahan selama sebulan kerja situ huhu demi iPhone punya pasal haihhhh
Okay, i need to go. dah kena bersiap kemas ape yang patut. malam ni aku dah gerak pergi rumah mak cik. hope impian aku nak memiliki iPhone this year tercapai. Aamin ya Allah.

P/s : Bye katil. im gonna miss youu. hujung bulan kita jumpa lagi hukhuk dah dah jangan nangis. demi iPhone, kau terpaksa kena berkorban.


Okayy daaaaaaaa.

Makan : Boat Noodle.

Sunday, May 17, 2015

Assalamualaikum.

Sejak dia balik rumah, aku selalu ajak dia keluar. dia dapat cuti sem 2 bulan kan so aku gunakan masa 2 bulan tu untuk spent time masa berdua sebab kalau dia dah balik Uitm Perlis, memang aku tak dapat jumpa dia lahh sebab jauh kan hewhewhew *ehh berapa banyak sebab daaaaaaaa -_- bila dia balik sana sambung next sem, aku tak dapat bayangkan lah aku macam mana. bayangkan kena berpisah dengan dia selama 4 bulan konfem memang terasa rindu tu sobs sobs!

Minggu lepas hari jumaat after aku habis paper financial management tengah hari tu, aku ajak dia keluar jalan-jalan dekat Times Square. tapi paper aku habis lambat masa tu, kesian dekat dia sebab terpaksa tunggu lebih kurang 1 jam 30 minit dekat dengan kolej aku. aku ingat paper aku habis pukul 10.30 pagi so dia datang lahh pukul 10.30 pagi tu dengan niat nak buat surprise dekat aku so dia datang dekat kolej haa tapi terbalik pulak. aku pulak yang buat 'surprise' dekat dia adoiiiiiii. tak pasal-pasal aku kena marah dengan dia hahhahaha tapi memang salah aku pun hhmmm so aku dengar je dia marah aku masa tu.

Disebabkan tu salah aku, aku ajak dia makan boat noodle, belanja dia tauu tanda minta maaf. lagipun time tu dia pun tengah lapar. masa tu kesian aku tengok dia dah macam kebulur sangat dah hahahaha aku tanya dia, breakfast tak makan ke? dia kata tak so patut lahh nampak kebulur hahaaha so masa tu banyak mangkuk jugak dia makan.


Ni baru pusingan pertama tau. ada lagi makanan lain sampai lepas tu. memang aku dengan dia kenyang betul lahh makan boat noodle. Boat noodle ni boleh kata memang tempat favourite aku. dah lebih kurang nak dekat 10 kali dah aku makan boat noodle sebab aku suka gila makan ayunthaya berbanding pathumtani *ehh betul ke eja tu hahahaha whats ever lah. 

Boleh di katakan aku ni regular customer diaorang lahh sebab always makan situ. aku rasa every week singgah makan situ kahkahkah so boleh bayangkan aku dah habis berapa makan dekat situ. bukan apa, aku rasa berbaloi sangat makan situ dengan harganya yang berpatutan. bagi aku, harga dia tak delahh mahal kecuali kalau kau tibai berbelas mangkuk memang resit kau pun melambung tinggi lah.


First time tau aku try makan ayam tu. sebab before this masa makan dengan member sekelas dekat boat noodle, tak de order ayam tu. tapi bila keluar dengan dia tempoh hari, dia nak merasa so aku okay jela. tapi lastly aku yang habiskan hahahahahaaha sedappppp woiiii! aku tak boleh kalau makanan tu rasa manis sebab aku gila manis. memang mek kelantan tulen betul aku ni T_T

Air pulak aku suka order air mineral water sebab murah. kalau nak special sikit, aku order iced coffee dia. favourite! memang rasa coffee asli. aku pun tak tahu macam mana aku boleh suka minum coffee sebab aku just suka minum cappucino je sebenarnya. if coffee aku kurang sikit tapi air coffee dekat boat noodle ni lain sikit, rasa sedap dia lain macam tu yang suka tuhh hehehehe

Sejak aku datang dekat boat noodle ni, paling banyak aku habiskan duit aku pun RM60.50. itu masa keluar dengan dia lahh huhu suka sangat tengok dia berselera betul makan masa tu. paling sikit pun aku makan semua total RM11 lebih rasa nya so murahkan? sedapp pun sedapp tapi ada member aku yang tak ngamm dengan boat noodle. lain orang, lain pendapat kan? tapi aku dengan bf aku, so far memang suka lagi-lagi aku kahkahkah

Korang dah try makan boat noodle ke? yang belum try tu, sila lahh try. memang tak rugi pun try, sekali makan mesti terasa nak makan lagi. ;)

Okay, bye.


Final Exam.

Wednesday, May 06, 2015



Assalamualaikum.

Tak sangka cepat betul masa berlalu. Sekarang aku dah kena hadap buku sampai lahh final exam habis. aku rasa macam aku baru masuk semester baru je tapi tak sangka khamis ni aku dah kena hadap first paper, how sad!

Khamis ni aku ada paper Financial Management 3, pukul 9 pagi pulak so kena tidur awal kalau tak memang tak terjaga lahh kalau tidur lambat. Aku ingat malam ni aku nak tidur lewat sikit sebab nak study ape yang patut and then sambung esok siang pulak.

Tak tahu lahh kenapa sekarang mood study susah nak datang. ni semua sebab pengaruh gadget punya pasal, kalau tak memang aku menghadap buku je. Disebabkan gadget lahh aku ada je nak bukak instagram la, twitter la. And then lagi satu, kalau buka buku ni, aku konfem akan mengantuk. Ni semua hasutan syaitan punya pasal, huh!

Sebenarnya berdebar-debar jugak nak hadap final exam ni tapi entah macam mana entah this semester aku rasa macam tak ade semangat sangat nak study tak macam semester lepas. Rasa berat sangat nak buka buku, tapi dalam class bukan main rajin belajar depan lecturer HAHAHAHA

Sekarang mood aku nak TIDO je sebab rasa penat ni tak hilang lagi. tapi nak tak nak kena hadap jugak final exam ni.

Semoga Allah permudahkan segala urusan aku nanti, Aamin. doakan aku dapat jawab soalan final exam dengan tenang nanti.

Okay, bye.

  


Movie Kingsman : The Secret Service

Monday, February 23, 2015



Assalamualaikum 

Sebenarnya masa hari kedua cerita kingsman keluar dekat wayang, aku dah serbu nak tengok. tengok trailer macam best je kan. tapi hari ni baru nak cerita dalam blog hahaha

okay, sinopsis cerita dia macam ni.

  1. Gary "Eggsy" Unwin (Taron Egerton), whose late father secretly worked for a spy organization, lives in a South London housing estate and seems headed for a life behind bars. However, dapper agent Harry Hart (Colin Firth) recognizes potential in the youth and recruits him to be a trainee in the secret service. Meanwhile, villainous Richmond Valentine (Samuel L. Jackson) launches a diabolical plan to solve the problem of climate change via a worldwide killing spree.
Aku bagi rate :

9.9/10

Sebab ape? sebab bagi aku cerita ni best dan paling penting kelakar sangat. kalau korang tak tengok memang rugi hihi aku masa dalam wayang hari tu asyik tergelak je bila tengok Taron Egerton berlakon. Dia mengisahkan tentang perisik yang menyiasat tentang kejahatan yang pelakon Samuel L. Jackson tu buat. Dia cipta satu sim card free call, free internet and sim card tu pun just free. hanya dengan mencipta sim card boleh menakluki dunia. totally memang best lahh. korang patut tengok this movie, memang berbaloi dengan duit tiket yang korang bayar. 

so ape lagi? pergi tengok cepat! hihi

beg

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Sunday, February 01, 2015

Assalamualaikum 

Tengah hari ni yaa nak join satu giveaway daripada favourite onlineshop yang yaa selalu shopping. Tak lain tak bukan nile.com.my. Suka shopping sini sebab harga dia sangat-sangat mampu milik. Before this yaa shopping dua pasang kasut ala ala kasut converse dalam entry ni, klik sini. Dah dua kali yaa shopping dalam website ni and after this akan menyusul lagi hihi.

Yaa tengah aim satu beg ni. memang dah lama jatuh cinta dengan beg ni. tunggu nak grab je nanti!


Btw hari ni yaa nak join giveaway from the same favourite website. siapa yang tak nak dapat barang free from nile.com.my kan? hope ada lahh rezeki yaa kali ni huhu

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim..

http://www.nile.com.my/page.php?cd=96
http://www.nile.com.my/page.php?cd=96

Antara barang yang yaa nak kurang daripada RM150 ;


RM43.00

RM38.10

RM24.10


RM27.80

RM5.99


RM8.50


Jumlah harga barang :

RM43.00 + RM38.10 + RM24.10 + RM27.80 + RM5.99 + RM8.50 = RM147.49

Thank you nile.com.my :)



kasut

Shopping : Beli kasut dekat nile.com.my.

Friday, January 09, 2015

Assalamualaikum 

Semalam entah macam mana entah aku terfikir nak buka satu website ni. actually dah banyak kali aku buka website ni sebelum ni. kahh kahh kahh. tapi kali ni tak tahu macam mana entah boleh terfikir nak shopping terus. bila fikirkan balik yang kasut lama yang aku guna untuk pakai pergi kolej setiap hari tu dah nak hampir rosak, so aku buat keputusan nak beli kasut baru. guna duit aku sendiri tau! nampak sangat berdikarinya dekat situ tanpa minta duit parent pun hahahaha itupun hasil daripada duit aku jual contact lens online selama nak dekat 8 bulan ni, alhamdulillah, ada jugak rezeki sikit-sikit.



Nak tahu aku shopping dekat mana? haaaaaa aku shopping dekat website nile.com.my . bila aku baca blog kak fatin liyana hari tu, aku terus buka website tu. memang rambang mata habis aku masa tu sebab semua items dalam website tu jual murah-murah.

Actually aku dah pernah shopping dekat nile.com.my ni. aku beli dress. dress tu lawa sangat! hahaha tapi sekarang nak repeat order lagi. kali ni aku beli kasut pulak. disebabkan harga kasut tu murah sangat so aku order dua pasang tapi lain-lain colour. satu warna merah, lagi satu warna dark blue. ingatkan nak beli warna hitam tapi size yang aku nak tu tak ade so nak tak nak terpaksa beli colour dark blue.

Aku order semalam pagi before pukul 11, dalam pukul 10 pagi macam tu lahh. if kita order and buat payment before pukul 11 pagi, items kita tu diaorang pos pada hari tu jugak. cepat tau servis pihak nile.com.my ni. order and buat payment semalam, hari ni parcels aku dah sampai pukul 2 petang tadi. cepatkan!






Akhirnya kasut yang aku order sampai pun. abang G-Dex sampai tadi. hihi





Cantikkan? nak tahu harga dia berapa? harga dia RM19,90 je tau untuk satu pasang. Aku beli dua pasang hanya RM46.80 je! murah sangat-sangat kan?

Memang puas hati shopping dekat nile.com.my ni. lepas ni nak shopping lagi. huhu itu je nak cerita. :)

K bye

bukit tinggi

Travel : Holiday di Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia ( Part 1 )

Tuesday, January 06, 2015


Assalamualaikum.



Hari isnin dua minggu lepas, masa tu tarikh 15/12/2014 dengan penuh semangatnya bangun pagi kemas baju ape yang patut dan bersiap sebab pukul 11.30 pagi dah kena bertolak pergi KLIA2. flight pukul 1.45 petang. hari tu rasa excited sangat sebab dapat jalan-jalan jauh. 

Tepat pukul 12.30 tengah hari, aku dan rombongan kawan mama aku sampai ke KLIA2. first time sampai dekat KLIA2 tau. dalam hati aku,"boleh tahan besar jugak KLIA2 ni." well KLIA2 kan baru siap ditubuhkan. billa dah sampai, salam tangan abah aku semua sebab abah aku tak ikut, aku dan mak aku terus pergi check in memandangkan masa tu dah pukul 1 petang. cepat betul aku rasa masa tu. bila dah selesai check in, check passport and scan beg, fuhh banyak betul langkah-langkah nak bagi lepas dekat bahagian balai pelepasan. penat jugak aku masa tu.

Bila dah settle semua, aku kena tunggu dekat balai pelepasan selama lebih kurang 20 minit jugak lahh. tunggu punya tunggu, akhirnya dah tiba masanya aku masuk dekat dalam perut kapal terbang Air Asia AK405. nak tunggu flight berlepas dalam 10 minit jugak lahh sebab nak tunggu semua penumpang duduk dan pasang tali pinggang memasing kan then after that flight pun bergerak dekat kawasan nak berlepas. masa flight nak berlepas tu, aku rasa kecut gak sebab laju sangat hahaha okay nampak sangat aku ni penakut!

Bila flight naik terbang tinggi and makin tinggi, aku pandang bawah. dalam hati, aku cakap, "bye bye malaysia." hehehehe


Aku nak tanya. kenapa langit putih bersih? 
Jawapan : sebab langit tak diduduki oleh manusia sebab tu suci bersih.


cantikkan? subhanallah.

Perjalanan ke Sumatera Barat, Indonesia mengambil masa lebih kurang 1 jam 5 minit tapi aku rasa tak sampai pun 1 jam tau. aku rasa dalam 45 minit macam tu je dah sampai. rasa sekejap sangat hahaha 




tak lama kemudian, aku pun sampai ke Minangkabau Airport.



Masa dekat Minangkabau Airport tu, cuaca panas yelahh dekat padang kan. lepas tu kami ramai-ramai pergi singgah makan tengah hari dekat Rumah Makan Lamun Ombak. orang dekat sini panggil rumah makan, kita pulak panggil kedai makan.

credit to pakcik google

Masa mula-mula sampai tu, aku masuk dalam rumah makan tu, aku nampak deretan makanan. wahh syurga makanan betul dekat indonesia ni. semua lauk yang disediakan sedap-sedap.


Memang habis licin aku makan nasi masa tu sebab lauk-lauk yang disediakan sedap sangat. lepas makan, aku singgah solat jamak terus zohor dengan asar sebab jauh lagi perjalanan nak ke bukit tinggi. Destinasi utama aku adalah bukit tinggi. yeahhh bukit tinggi!

Dalam pukul 5.50 p.m macam tu, dah sampai dekat bukit tinggi. before singgah makan malam, kami singgah dekat kedai kain sulam untuk melontar buat pertama kali bila sampai bukit tinggi. nampak tak betapa eksitednya mama aku dengan kengkawan dia? errrrrrrrrrr.



Lebih kurang sejam nak dekat dua jam jugak aku tunggu mama & kenkawan dia shopping sampai aku tak sedar yang aku boleh tertidur dalam bas tu. hahahaha

Lepas mama aku & kengkawan dia habis shopping, kami terus gerak pergi makan malam. lepas dah habis makan malam, kami menginap di Kharisma Hotel.


Ada masa nanti aku sambung Holiday di Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia ( Part 2 ) pulak.

Bye.