Shopping : Beli kasut dekat nile.com.my.

Friday, January 09, 2015

Assalamualaikum 

Semalam entah macam mana entah aku terfikir nak buka satu website ni. actually dah banyak kali aku buka website ni sebelum ni. kahh kahh kahh. tapi kali ni tak tahu macam mana entah boleh terfikir nak shopping terus. bila fikirkan balik yang kasut lama yang aku guna untuk pakai pergi kolej setiap hari tu dah nak hampir rosak, so aku buat keputusan nak beli kasut baru. guna duit aku sendiri tau! nampak sangat berdikarinya dekat situ tanpa minta duit parent pun hahahaha itupun hasil daripada duit aku jual contact lens online selama nak dekat 8 bulan ni, alhamdulillah, ada jugak rezeki sikit-sikit.



Nak tahu aku shopping dekat mana? haaaaaa aku shopping dekat website nile.com.my . bila aku baca blog kak fatin liyana hari tu, aku terus buka website tu. memang rambang mata habis aku masa tu sebab semua items dalam website tu jual murah-murah.

Actually aku dah pernah shopping dekat nile.com.my ni. aku beli dress. dress tu lawa sangat! hahaha tapi sekarang nak repeat order lagi. kali ni aku beli kasut pulak. disebabkan harga kasut tu murah sangat so aku order dua pasang tapi lain-lain colour. satu warna merah, lagi satu warna dark blue. ingatkan nak beli warna hitam tapi size yang aku nak tu tak ade so nak tak nak terpaksa beli colour dark blue.

Aku order semalam pagi before pukul 11, dalam pukul 10 pagi macam tu lahh. if kita order and buat payment before pukul 11 pagi, items kita tu diaorang pos pada hari tu jugak. cepat tau servis pihak nile.com.my ni. order and buat payment semalam, hari ni parcels aku dah sampai pukul 2 petang tadi. cepatkan!






Akhirnya kasut yang aku order sampai pun. abang G-Dex sampai tadi. hihi





Cantikkan? nak tahu harga dia berapa? harga dia RM19,90 je tau untuk satu pasang. Aku beli dua pasang hanya RM46.80 je! murah sangat-sangat kan?

Memang puas hati shopping dekat nile.com.my ni. lepas ni nak shopping lagi. huhu itu je nak cerita. :)

K bye

You Might Also Like

0 comments

drop here your comment.:)