Travel : Holiday di Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia ( Part 1 )

Tuesday, January 06, 2015


Assalamualaikum.



Hari isnin dua minggu lepas, masa tu tarikh 15/12/2014 dengan penuh semangatnya bangun pagi kemas baju ape yang patut dan bersiap sebab pukul 11.30 pagi dah kena bertolak pergi KLIA2. flight pukul 1.45 petang. hari tu rasa excited sangat sebab dapat jalan-jalan jauh. 

Tepat pukul 12.30 tengah hari, aku dan rombongan kawan mama aku sampai ke KLIA2. first time sampai dekat KLIA2 tau. dalam hati aku,"boleh tahan besar jugak KLIA2 ni." well KLIA2 kan baru siap ditubuhkan. billa dah sampai, salam tangan abah aku semua sebab abah aku tak ikut, aku dan mak aku terus pergi check in memandangkan masa tu dah pukul 1 petang. cepat betul aku rasa masa tu. bila dah selesai check in, check passport and scan beg, fuhh banyak betul langkah-langkah nak bagi lepas dekat bahagian balai pelepasan. penat jugak aku masa tu.

Bila dah settle semua, aku kena tunggu dekat balai pelepasan selama lebih kurang 20 minit jugak lahh. tunggu punya tunggu, akhirnya dah tiba masanya aku masuk dekat dalam perut kapal terbang Air Asia AK405. nak tunggu flight berlepas dalam 10 minit jugak lahh sebab nak tunggu semua penumpang duduk dan pasang tali pinggang memasing kan then after that flight pun bergerak dekat kawasan nak berlepas. masa flight nak berlepas tu, aku rasa kecut gak sebab laju sangat hahaha okay nampak sangat aku ni penakut!

Bila flight naik terbang tinggi and makin tinggi, aku pandang bawah. dalam hati, aku cakap, "bye bye malaysia." hehehehe


Aku nak tanya. kenapa langit putih bersih? 
Jawapan : sebab langit tak diduduki oleh manusia sebab tu suci bersih.


cantikkan? subhanallah.

Perjalanan ke Sumatera Barat, Indonesia mengambil masa lebih kurang 1 jam 5 minit tapi aku rasa tak sampai pun 1 jam tau. aku rasa dalam 45 minit macam tu je dah sampai. rasa sekejap sangat hahaha 




tak lama kemudian, aku pun sampai ke Minangkabau Airport.



Masa dekat Minangkabau Airport tu, cuaca panas yelahh dekat padang kan. lepas tu kami ramai-ramai pergi singgah makan tengah hari dekat Rumah Makan Lamun Ombak. orang dekat sini panggil rumah makan, kita pulak panggil kedai makan.

credit to pakcik google

Masa mula-mula sampai tu, aku masuk dalam rumah makan tu, aku nampak deretan makanan. wahh syurga makanan betul dekat indonesia ni. semua lauk yang disediakan sedap-sedap.


Memang habis licin aku makan nasi masa tu sebab lauk-lauk yang disediakan sedap sangat. lepas makan, aku singgah solat jamak terus zohor dengan asar sebab jauh lagi perjalanan nak ke bukit tinggi. Destinasi utama aku adalah bukit tinggi. yeahhh bukit tinggi!

Dalam pukul 5.50 p.m macam tu, dah sampai dekat bukit tinggi. before singgah makan malam, kami singgah dekat kedai kain sulam untuk melontar buat pertama kali bila sampai bukit tinggi. nampak tak betapa eksitednya mama aku dengan kengkawan dia? errrrrrrrrrr.



Lebih kurang sejam nak dekat dua jam jugak aku tunggu mama & kenkawan dia shopping sampai aku tak sedar yang aku boleh tertidur dalam bas tu. hahahaha

Lepas mama aku & kengkawan dia habis shopping, kami terus gerak pergi makan malam. lepas dah habis makan malam, kami menginap di Kharisma Hotel.


Ada masa nanti aku sambung Holiday di Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia ( Part 2 ) pulak.

Bye.











You Might Also Like

0 comments

drop here your comment.:)