Final Exam.

Wednesday, May 06, 2015



Assalamualaikum.

Tak sangka cepat betul masa berlalu. Sekarang aku dah kena hadap buku sampai lahh final exam habis. aku rasa macam aku baru masuk semester baru je tapi tak sangka khamis ni aku dah kena hadap first paper, how sad!

Khamis ni aku ada paper Financial Management 3, pukul 9 pagi pulak so kena tidur awal kalau tak memang tak terjaga lahh kalau tidur lambat. Aku ingat malam ni aku nak tidur lewat sikit sebab nak study ape yang patut and then sambung esok siang pulak.

Tak tahu lahh kenapa sekarang mood study susah nak datang. ni semua sebab pengaruh gadget punya pasal, kalau tak memang aku menghadap buku je. Disebabkan gadget lahh aku ada je nak bukak instagram la, twitter la. And then lagi satu, kalau buka buku ni, aku konfem akan mengantuk. Ni semua hasutan syaitan punya pasal, huh!

Sebenarnya berdebar-debar jugak nak hadap final exam ni tapi entah macam mana entah this semester aku rasa macam tak ade semangat sangat nak study tak macam semester lepas. Rasa berat sangat nak buka buku, tapi dalam class bukan main rajin belajar depan lecturer HAHAHAHA

Sekarang mood aku nak TIDO je sebab rasa penat ni tak hilang lagi. tapi nak tak nak kena hadap jugak final exam ni.

Semoga Allah permudahkan segala urusan aku nanti, Aamin. doakan aku dapat jawab soalan final exam dengan tenang nanti.

Okay, bye.

  


You Might Also Like

0 comments

drop here your comment.:)