Makan : Boat Noodle.

Sunday, May 17, 2015

Assalamualaikum.

Sejak dia balik rumah, aku selalu ajak dia keluar. dia dapat cuti sem 2 bulan kan so aku gunakan masa 2 bulan tu untuk spent time masa berdua sebab kalau dia dah balik Uitm Perlis, memang aku tak dapat jumpa dia lahh sebab jauh kan hewhewhew *ehh berapa banyak sebab daaaaaaaa -_- bila dia balik sana sambung next sem, aku tak dapat bayangkan lah aku macam mana. bayangkan kena berpisah dengan dia selama 4 bulan konfem memang terasa rindu tu sobs sobs!

Minggu lepas hari jumaat after aku habis paper financial management tengah hari tu, aku ajak dia keluar jalan-jalan dekat Times Square. tapi paper aku habis lambat masa tu, kesian dekat dia sebab terpaksa tunggu lebih kurang 1 jam 30 minit dekat dengan kolej aku. aku ingat paper aku habis pukul 10.30 pagi so dia datang lahh pukul 10.30 pagi tu dengan niat nak buat surprise dekat aku so dia datang dekat kolej haa tapi terbalik pulak. aku pulak yang buat 'surprise' dekat dia adoiiiiiii. tak pasal-pasal aku kena marah dengan dia hahhahaha tapi memang salah aku pun hhmmm so aku dengar je dia marah aku masa tu.

Disebabkan tu salah aku, aku ajak dia makan boat noodle, belanja dia tauu tanda minta maaf. lagipun time tu dia pun tengah lapar. masa tu kesian aku tengok dia dah macam kebulur sangat dah hahahaha aku tanya dia, breakfast tak makan ke? dia kata tak so patut lahh nampak kebulur hahaaha so masa tu banyak mangkuk jugak dia makan.


Ni baru pusingan pertama tau. ada lagi makanan lain sampai lepas tu. memang aku dengan dia kenyang betul lahh makan boat noodle. Boat noodle ni boleh kata memang tempat favourite aku. dah lebih kurang nak dekat 10 kali dah aku makan boat noodle sebab aku suka gila makan ayunthaya berbanding pathumtani *ehh betul ke eja tu hahahaha whats ever lah. 

Boleh di katakan aku ni regular customer diaorang lahh sebab always makan situ. aku rasa every week singgah makan situ kahkahkah so boleh bayangkan aku dah habis berapa makan dekat situ. bukan apa, aku rasa berbaloi sangat makan situ dengan harganya yang berpatutan. bagi aku, harga dia tak delahh mahal kecuali kalau kau tibai berbelas mangkuk memang resit kau pun melambung tinggi lah.


First time tau aku try makan ayam tu. sebab before this masa makan dengan member sekelas dekat boat noodle, tak de order ayam tu. tapi bila keluar dengan dia tempoh hari, dia nak merasa so aku okay jela. tapi lastly aku yang habiskan hahahahahaaha sedappppp woiiii! aku tak boleh kalau makanan tu rasa manis sebab aku gila manis. memang mek kelantan tulen betul aku ni T_T

Air pulak aku suka order air mineral water sebab murah. kalau nak special sikit, aku order iced coffee dia. favourite! memang rasa coffee asli. aku pun tak tahu macam mana aku boleh suka minum coffee sebab aku just suka minum cappucino je sebenarnya. if coffee aku kurang sikit tapi air coffee dekat boat noodle ni lain sikit, rasa sedap dia lain macam tu yang suka tuhh hehehehe

Sejak aku datang dekat boat noodle ni, paling banyak aku habiskan duit aku pun RM60.50. itu masa keluar dengan dia lahh huhu suka sangat tengok dia berselera betul makan masa tu. paling sikit pun aku makan semua total RM11 lebih rasa nya so murahkan? sedapp pun sedapp tapi ada member aku yang tak ngamm dengan boat noodle. lain orang, lain pendapat kan? tapi aku dengan bf aku, so far memang suka lagi-lagi aku kahkahkah

Korang dah try makan boat noodle ke? yang belum try tu, sila lahh try. memang tak rugi pun try, sekali makan mesti terasa nak makan lagi. ;)

Okay, bye.


You Might Also Like

0 comments

drop here your comment.:)