Pengalaman kerja part time dekat kedai makcik sendiri.

Saturday, June 27, 2015

Assalamualaikum.

Haiiiii! finally aku berpeluang untuk online jugak. bayangkan hampir sebulan aku tak duduk dekat rumah time cuti semester ni. nak tahu aku pergi mana? haaaaaa. selama sebulan aku cuti sem, aku kerja. kerja dekat mana? mula-mula aku minta kerja dekat parkson pavilion tapi parents aku tak bagi so aku minta tolong my bf untuk minta kerja part time untuk aku.

Dia pergi minta kerja dekat area dalam tesco. banyak juga kedai yang dia minta tapi dah beberapa hari aku tunggu tapi tak ade ape-ape panggilan telefon pon. sedih gilaaaa aku masa tu! bayangkan aku berharap sangat nak dapat kerja dekat area dekat dengan rumah aku je tapi tak dapat pulak. so aku decide untuk kerja dengan makcik aku je dekat shah alam. lagi pun makcik aku perlukan pekerja untuk kedai makan dia tu.


Hampir sebulan jugak lahh aku kerja dengan makcik aku. hanya Allah je tahu betapa penatnya kerja dekat kedai makan. masa genap seminggu tu, aku rasa macam, "ya Allah. penat gilaaaa! habis sakit badan-badan aku ni." mula-mula tu aku ingat aku dah give up tapi bila fikirkan balik, demi nak dapatkan duit, so aku kena kerja jugak. tak lama pon kan, kurang sebulan aje.

Sejak aku kerja selama hampir sebulan dekat situ, aku dah jumpa dengan macam-macam ragam customer tau. mostly yang datang kedai makcik aku tu lelaki. aku ada jumpa lelaki tu hensem ada, yang gatal ada, yang pelik pon ada hahahahahaa

Kerja aku dekat situ ialah jadi as tukang amek order makanan/minuman, tukang hantar makanan/minuman sometimes, tukang lap meja (kerja yang aku paling suka!) and tukang jaga kaunter duit. aku excited gila bila dapat pegang duit banyak-banyak setiap hari.

Pekerja yang kerja dengan makcik aku mostly from indon. even indon pon, ada jugak bahasa percakapan dieorang yang aku tak paham hahahaahaha stresss pulak aku time tu. tapi bila dah lama kerja dengan dieorang, sebenarnya best jugak even penat. sebab dieorang semua jenis happening, jenis yang gila-gila. selalu buat aku gelak bila aku tengah stress ke, not in mood ke or tengah bosan. terasaa rindu pulak nak kerja sana lagi huhuhu

In Sha Allah raya nanti aku nak singgah kedai makcik aku nanti jumpa dengan dieorang. okay lahh, chaww dulu.

bye!

xoxo, LIYAAAAAAAAAA.

New perfume collection

Wednesday, June 03, 2015

Assalamualaikum.

Finally my new perfume safely arrived! korang tak tahu betapa addicted nya aku dengan perfume ni huhuhuhu i'm super excited today, seriously! aku ni jenis suka jalan-jalan cuci mata dekat shopping mall, beli nya tidak hahahaha sebab bagi aku, if barang tu aku rasa perlu, so aku beli. kalau aku rasa tak perlu, so aku just tengok je.

Tapi setiap kali kalau aku pergi shopping mall, aku wajib singgah kedai perfume sebab aku suka perfume hihihi sekarang aku dah ada banyak koleksi perfume. nanti aku share one by one koleksi perfume yang aku ada.

But now, aku nak share koleksi perfume baru, yeayyy! perfume ni dah lama aku aim tau sebenarnya. setiap kali singgah sephora, aku akan cari perfume tu. bau perfume tu wangi sangat-sangat. bau dia seakan-akan bau buah-buahan and a bit floral notes, i like it!
Disebabkan rezeki aku bulan ni lebih sikit, so aku decide nak beli sebab asyik terbayang-bayang je :( and now i got my perfume huhuhuhu finally :') you know what perfume that I bought? hehehe

Perfume midnight romance by ralph lauren. yeahhhh this perfume lahh buat aku gila bayang hahahaha ni perfume baru by ralph lauren. First time aku bau this perfume, aku terus jatuh cinta. bau dia tak kuat sangat. bagi aku bau dia lembut je even EDP. yeahh EDP okay huhuhu


Perfume SI by Giorgio Armani. this perfume mmg 100% bau vanila. bagi aku bau vanila dia strongg tapi tak memeningkan kepala. itu bagi aku la tak tahu bagi orang lain macam mana kan? tapi aku jenis yang suka perfume bau buah-buahan and vanila, so sesuai lah kan?


Kalau perfume yang bau spicy tu aku tak berapa nak suka sangat. i don't know why huhu kalau bau floral tu aku boleh la terima lagi tapi kalau terlampau bau floral sangat, tak boleh jugak hahahahaha tp perfume coco mademoiselle aku boleh ngam pulak hahahaha mybe sebab bau orange dia tu kot.
Alhamdulillah, my wishlist dah tercapai. next wishlist is nike roshe ombre pulak. Kalau wishlist perfume pulak, lepas ni aku nak grab perfume Modern Muse by Ester Lauder & Victoria Secret Bombshell Edp.



In Sha Allah. tapi misi utama aku nak grab iPhone 5s dulu kahkahkah sebab tu aku tengah nak kerja sekarang ni. Mybe start esok aku kerja dengan mak cik aku dekat kedai makan. doakan aku dapat bertahan selama sebulan kerja situ huhu demi iPhone punya pasal haihhhh
Okay, i need to go. dah kena bersiap kemas ape yang patut. malam ni aku dah gerak pergi rumah mak cik. hope impian aku nak memiliki iPhone this year tercapai. Aamin ya Allah.

P/s : Bye katil. im gonna miss youu. hujung bulan kita jumpa lagi hukhuk dah dah jangan nangis. demi iPhone, kau terpaksa kena berkorban.


Okayy daaaaaaaa.