Pengalaman kerja part time dekat kedai makcik sendiri.

Saturday, June 27, 2015

Assalamualaikum.

Haiiiii! finally aku berpeluang untuk online jugak. bayangkan hampir sebulan aku tak duduk dekat rumah time cuti semester ni. nak tahu aku pergi mana? haaaaaa. selama sebulan aku cuti sem, aku kerja. kerja dekat mana? mula-mula aku minta kerja dekat parkson pavilion tapi parents aku tak bagi so aku minta tolong my bf untuk minta kerja part time untuk aku.

Dia pergi minta kerja dekat area dalam tesco. banyak juga kedai yang dia minta tapi dah beberapa hari aku tunggu tapi tak ade ape-ape panggilan telefon pon. sedih gilaaaa aku masa tu! bayangkan aku berharap sangat nak dapat kerja dekat area dekat dengan rumah aku je tapi tak dapat pulak. so aku decide untuk kerja dengan makcik aku je dekat shah alam. lagi pun makcik aku perlukan pekerja untuk kedai makan dia tu.


Hampir sebulan jugak lahh aku kerja dengan makcik aku. hanya Allah je tahu betapa penatnya kerja dekat kedai makan. masa genap seminggu tu, aku rasa macam, "ya Allah. penat gilaaaa! habis sakit badan-badan aku ni." mula-mula tu aku ingat aku dah give up tapi bila fikirkan balik, demi nak dapatkan duit, so aku kena kerja jugak. tak lama pon kan, kurang sebulan aje.

Sejak aku kerja selama hampir sebulan dekat situ, aku dah jumpa dengan macam-macam ragam customer tau. mostly yang datang kedai makcik aku tu lelaki. aku ada jumpa lelaki tu hensem ada, yang gatal ada, yang pelik pon ada hahahahahaa

Kerja aku dekat situ ialah jadi as tukang amek order makanan/minuman, tukang hantar makanan/minuman sometimes, tukang lap meja (kerja yang aku paling suka!) and tukang jaga kaunter duit. aku excited gila bila dapat pegang duit banyak-banyak setiap hari.

Pekerja yang kerja dengan makcik aku mostly from indon. even indon pon, ada jugak bahasa percakapan dieorang yang aku tak paham hahahaahaha stresss pulak aku time tu. tapi bila dah lama kerja dengan dieorang, sebenarnya best jugak even penat. sebab dieorang semua jenis happening, jenis yang gila-gila. selalu buat aku gelak bila aku tengah stress ke, not in mood ke or tengah bosan. terasaa rindu pulak nak kerja sana lagi huhuhu

In Sha Allah raya nanti aku nak singgah kedai makcik aku nanti jumpa dengan dieorang. okay lahh, chaww dulu.

bye!

xoxo, LIYAAAAAAAAAA.

You Might Also Like

0 comments

drop here your comment.:)