Cara shopping di Shopee My.

Tuesday, December 08, 2015

Assalamualaikum.


Sekarang alia nak cerita. Before this alia ada buka blog kak sabrina tajudin. Dia ada post pasal satu apps dalam apps store, dalam android pon ada jugak. Nama apps tu... 

Taraaaaaaaaaaaaaa!

Shopee


Dia lebih kurang macam carousel jugak. Before this alia pernah download apps carousel dalam phone tapi alia uninstall sebab alia rasa tak ada apa barang yang menarik yang alia perlu beli hihi. Nak tahu kenapa alia lagi suka apps shopee daripada carousel? Sebab shopee ni selalu buat sale kenkadang 30%, kenkadang sampai 70-80% pon ada jugak tau. Tu yang alia suka shopping dalam tu. Shopping tu shopping jugak, duit habis terbang T_T

Baru-baru ni alia ada shopping makeup brushes dalam apps shopee and baru je tadi parcel yang alia order sampai. Alia rasa excited sangat ni nak bagitahu tu yang terus update blog tak tunggu esok lusa. Alia ni jenis suka makeup tapi tak ada la pakai makeup yang tebal-tebal tu. Just makeup bagi muka kita nampak fresh, natural aje. Tak suka pakai makeup tebal-tebal kang rimas and then tak bernafas rasa kulit muka ni.

Now, alia tengah kumpul makeup brushes and morphe brushes pro palette. Morphe brushes pro palette tu alia dah order, tunggu sampai je. *tak sabar nak main-main dengan palette tu* oh ya! Alia suka GILA dengan brand morphe brushes and colourpop! Nanti alia buat review pasal dua brand tu next time.

Okay dah lari jauh dah ni cerita. Nak tengok brushes yang alia beli?

Here is this.


Ada 10pcs. Nak tahu berapa harga untuk semua brushes ni? hehehe kang alia bagitahu jangan terkejut pulak. Harga asal dia rm38 tapi tengah ada promo so harga after promo rm26.60. And then alia dapat discount code rm10 dari shopee so total rm16.60 free shipping tau! MURAH kan? wehh serious murah gila wehh! rm16.60 dapat 10pcs brushes. Tempat lain tak dapat tau harga ni. Bukan murah je, LEMBUT GILA bulu dia. Alia tak sangka bulu dia lembut sangat memang worth it la beli. 

Macam mana nak shopping dekat shopee ni? Senang je. 

1. Korang search then download apps shopee dekat play store (android) or apps store (IOS)

2. Bila dah open, cari la barang apa yang korang nak beli tu. Macam alia, alia nak beli makeup brushes so alia search la 'brushes'.

3. Bila dah jumpa barang apa yang korang nak tu, korang klik items tu. Then tekan 'buy now'

4. Nanti items yang korang nak beli tu akan masuk dekat shopping cart. Lepas dah settle, tekan 'check out'

5. Nanti dia suruh masukkan korang punya address.

6. Lepas tu dia akan proceed ke shipping macam gambar bawah ni.


7. After that, proceed to payment option. 


8. Alia pilih cimb clicks untuk pembayaran so tekan cimb clicks and then tekan Next.

9. Dia akan keluar macam gambar dekat atas ni. Then tekan Proceed then dia terus buka website cimb clicks. Dont worry sebab apps ni selamat takkan amek duit or tolak duit dalam bank kita sesuka hati. Terus buat payment then akan keluar macam dekat bawah ni.


10. Yeayy! your payment successful hehehehe bye bye duit *crying* then tekan 'OK'.

11. Lepas tu dia automatik akan pergi bahagian 'To Ship'. Dekat sini nanti dia akan update tracking no okay so be alert. Nanti dia akan sent notification. 


12. Tunggu la barang uolss tu sampai dekat depan rumah ye hihihi senang bukan shopping dengan shopee? 

Okay tu je kot nak cerita hari ni. Tunggu next story pulak eh. Bye

xoxo,

Alia.


You Might Also Like

0 comments

drop here your comment.:)