beauty

Beauty Product Review : Xoxo Matte Liquid Lipstick

Thursday, June 30, 2016

(Please always be reminded my review are purchased by myself and what I have written here are all HONEST REVIEW. THANKS!)

Assalamualaikum 

Petang ni i nak buat review tentang satu liquid lipstick yang i baru beli around awal bulan jun. Liquid lipstick yang i nak review ni baru je lauch awal bulan may rasanya iaitu brand Xoxo Matte Liquid Lipstick (local brand). 



This brand ala-ala kylie lipkit punya. Boleh dikatakan dupe for kylie lipkit la. I order thru website cause time i order tu, dieorang tengah buat sale. I ni kan memang pantang kalau nampak sale mesti nak beli hihihi i beli liquid lipstick ni pun sebab dia kata matte then dupe for kylie lipkit so i rasa macam emm interesting jugak la this brand so patut try la kot satu.



Sekarang ni this brand produces 8 colours and i ada berkenan dengan 4 colours which is dolce, koko, candy n 22. Tapi i decide ambil shade dolce sebab this shade paling laris macam goreng pisang panas 

Ingredients of Xoxo Matte Liquid Lipstick

For sure i beli pun sebab this brand 100% vegan and cruelty free and and and also matte finish!

The applicator


Brand : Xoxo Matte Liquid Lipstick in Dolce

Price : RM66 exclude postage

Tapi masa i order ni ada sale RM50 exclude postage for each. Postage RM7 

Review :

PROS :


- The formula of this liquid lipstick is super duper smooth upon application.
- Colour is buidable and vibrant
- Even though the colour payoff is amazing tapi still rasa macam tak pakai pape (serious)
- Lightweight
- Long lasting for me up to 6 hours
- Not sticky (paling suka sebab i memang tak suka pakai liquid lipstick yang jenis sticky)
- Most comfortable on my lips 
- The formula also not drying and tak crumble

CONS :

- Price bagi i agak mahal for local brand


Masa mula-mula this brand lauch, i ingatkan harga around RM40 something or RM50 something for each but after dah released, OMG! Mahal jugak hahaha RM66 kot! Colourpop pun i beli around RM29-RM31 je. Nyx SMLC pun i beli around RM24-RM25 je but local product harga around RM66. Mybe price dieorang mahal sebab include thank you card, kotak dia, kotak packaging lipstick dia, design kotak and lipstick la kot. Tapi serious i cakap Xoxo Liquid Lipstick ni tiru packaging Kylie Lipkit. Tapi disebabkan formula dia so far okay not bad so i tak kesah if dieorang nak tiru macam kylie hihi hope kylie cosmetic tak saman owner Xoxo Liquid Lipstick la ye. Iyela price for kylie lipkit pun dah around RM160 above fuhhh fuhhhhh!


Im wearing Xoxo Matte Liquid Lipstick in Dolce 


Dekat mana nak beli? Klik link dekat bawah ni.





biskut coklat chip

Resepi : Biskut Coklat Chip

Wednesday, June 29, 2016

Assalamualaikum 

Memandangkan hari raya makin dekat, so i luangkan masa buat biskut coklat chip petang tadi. Dalam banyak banyak biskut raya, biskut coklat chip paling i suka. Disebabkan kedua-dua adik i pun suka biskut coklat chip, so i decide baik buat sendiri daripada beli. Lagi jimatkan huhuhu lagipun rasanya nak buat biskut coklat chip senang sangat, tak susah pun.

Dekat sini i nak share resepi biskut coklat chip bagi sesiapa yang tak tahu lagi macam mana nak buat.


Bahan-bahan :

 1 cawan butter
 1 cawan gula kastor
 1 cawan brown sugar
 2 biji telur
 2 sudu teh esen vanilla
 3 cawan tepung gandum
 1 1/4 sudu teh baking soda
 2 cawan chocolate chips

Cara-cara :



  • Panaskan oven ke suhu 170C.
  • Masukkan tepung, baking soda dan garam (ayak)
  • Pukul butter, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
  • Lepas tu masukkan chocolate chips. Kacau sebati





  • Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut ni akan mengembang semasa dibakar


  • Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.


Dan siap! Hehehe senang bukan? Tapi kena ingat! Before bakar dekat dalam oven, sejukkan dulu doh di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya minimum satu jam. Ingat! Sudukan doh dulu, baru masukkan ke dalam peti sejuk.


lipstick

Velvet Vanity Liquid Lipstick Review in Slamberry

Sunday, June 26, 2016

(Please always be reminded my review are purchased by myself and what I have written here are all HONEST REVIEW. THANKS!)


Assalamualaikum 

Hai! Today i nak review liquid lipstick yang i baru order 5 hari lepas. Liquid lipstick yang i nak review ni baru je lauch hujung bulan march lepas. Tapi bulan 6 ni baru i ada kesempatan untuk order even sebenarnya this liquid lipstick ni dah lama dalam wishlist huhuhu

  

I order this liquid lipstick hari sabtu, 18hb jun then sampai dekat depan rumah 25hb jun. Lebih kurang seminggu jugak la ambil masa untuk sampai depan rumah. Maybe sebab order terlampau banyak kot so my parcel delay. Tapi sebenarnya tak kesah pun asalkan lipstick sampai hahaha




Velvet Vanity Liquid Lipstick in shade Slamberry (Bestseller)


I order velvet vanity liquid lipstick ni sebab sekarang dieorang tengah buat sale RM10 off for each lipstick plus FREE SHIPPING! I ni pantang kalau nampak sale ni mesti nak beli hehehe harga asal lipstick ni RM59 exclude postage but now just RM49 free postage! Berbaloi sangat sangat kan!!! So sesiapa yang tak beli lagi tu cepat cepat order sebelum out of stock! But now shade slamberry dah out of stock you guys!


The applicator (doe foot applicator)

Love the applicator because give me an even application! No messy bristles.

Review :

I think this formula of velvet vanity liquid lipstick is similar to the dose of colors liquid lipstick and ABH liquid lipstick. The texture a bit oily when apply on my lips so it takes a little more time to dry completely. They dry down to matte finish, like a complete transfer proof which is i like! Removing them is super easy and they do not leave any stain. This shade that i choose which is Slamberry, for me... em i like this colour so much! The perfect pink shade. Its also 100% vegan and cruelty free.

PROS :

:D Very lightweight
:D Good colour payoff
:D Decent sweet vanilla scent
:D Not sticky, most comfortable on my lips which is i like the most!
:D Very opaque

CONS :

:D Longevity of the liquid lipstick which is did not last long. Last for 4-5 hours

Here's how that slamberry looked swatched on my hand.


Without flash


With flash


Im wearing velvet vanity liquid lipstick in shade slamberry 


RATE :

4/5

Website :










Result final exam last semester dah keluar.

Thursday, June 23, 2016

Assalamualaikum.

Bila bangun je tidur, aku dapat notification whatsapp daripada group class. Terkejut beruk aku baca bila kawan aku cakap result final exam last semester dah keluar dan dah boleh tengok. Aku apa lagi rasa cuak dia hanya Allah aje yang tahu. Berdebar-debar gila rasa......

Bila aku dapat tahu result final exam dah keluar, aku apa lagi terus ambil laptop sebab malas nak buka melalui phone. Bukan apa nanti rasa tak puas hahahaha sebab screen iphone aku kecik je rasa tak puas pula nak tengok result, tulisan pun nanti confirm sah sah la kecil kan. So aku tengok dekat laptop aku je.

Bila laptop aku dah buka, aku terus buka google then aku search 'Cms kptm kl'. Masa aku nak pergi bahagian result exam tu, menggeletar betul tangan aku nak tekan. Dah boleh agak kan betapa cuaknya aku nak tengok result. Risau sebab masa exam before this, aku tak dapat nak jawab paper subject Financial Marketing dan Auditing. Seriously dua paper tu buat aku cuak betul.

Tapi bila result aku dah terpampang keluar depan mata aku, ya Allah. Alhamdulillah sangat sangat sebab semua lulus dan aku officially graduated! Hanya Allah aje tahu betapa gembiranya aku bila aku dapat convo dengan kawan-kawan aku yang lain.


Akhirnya sekarang aku dah boleh lega sebab tak perlu risau pasal result final exam lagi dah. Next, aku boleh focus ambil test jpj pulak bulan 9 nanti. tu pun cuak juga. Nasib lambat lagi hahaaha tapi sebenarnya kalau boleh aku nak ambil test jpj hujung bulan 7 tapi jpj tak nak ambil test sepanjang bulan tu. Bulan 8 pulak dah full so terpaksa ambil bulan 9, redha jela yekk.

Okay tu je nak cerita hari ni. Bye

xoxo,

Alia.