Resepi : Biskut Coklat Chip

Wednesday, June 29, 2016

Assalamualaikum 

Memandangkan hari raya makin dekat, so i luangkan masa buat biskut coklat chip petang tadi. Dalam banyak banyak biskut raya, biskut coklat chip paling i suka. Disebabkan kedua-dua adik i pun suka biskut coklat chip, so i decide baik buat sendiri daripada beli. Lagi jimatkan huhuhu lagipun rasanya nak buat biskut coklat chip senang sangat, tak susah pun.

Dekat sini i nak share resepi biskut coklat chip bagi sesiapa yang tak tahu lagi macam mana nak buat.


Bahan-bahan :

 1 cawan butter
 1 cawan gula kastor
 1 cawan brown sugar
 2 biji telur
 2 sudu teh esen vanilla
 3 cawan tepung gandum
 1 1/4 sudu teh baking soda
 2 cawan chocolate chips

Cara-cara :



  • Panaskan oven ke suhu 170C.
  • Masukkan tepung, baking soda dan garam (ayak)
  • Pukul butter, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
  • Lepas tu masukkan chocolate chips. Kacau sebati





  • Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut ni akan mengembang semasa dibakar


  • Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.


Dan siap! Hehehe senang bukan? Tapi kena ingat! Before bakar dekat dalam oven, sejukkan dulu doh di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya minimum satu jam. Ingat! Sudukan doh dulu, baru masukkan ke dalam peti sejuk.


You Might Also Like

2 comments

  1. Sedapnyaaa, mengancam betul biskut. Kena buat niii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe haah buat tau sebab raya dah nak dekat :D

      Delete

drop here your comment.:)