Result final exam last semester dah keluar.

Thursday, June 23, 2016

Assalamualaikum.

Bila bangun je tidur, aku dapat notification whatsapp daripada group class. Terkejut beruk aku baca bila kawan aku cakap result final exam last semester dah keluar dan dah boleh tengok. Aku apa lagi rasa cuak dia hanya Allah aje yang tahu. Berdebar-debar gila rasa......

Bila aku dapat tahu result final exam dah keluar, aku apa lagi terus ambil laptop sebab malas nak buka melalui phone. Bukan apa nanti rasa tak puas hahahaha sebab screen iphone aku kecik je rasa tak puas pula nak tengok result, tulisan pun nanti confirm sah sah la kecil kan. So aku tengok dekat laptop aku je.

Bila laptop aku dah buka, aku terus buka google then aku search 'Cms kptm kl'. Masa aku nak pergi bahagian result exam tu, menggeletar betul tangan aku nak tekan. Dah boleh agak kan betapa cuaknya aku nak tengok result. Risau sebab masa exam before this, aku tak dapat nak jawab paper subject Financial Marketing dan Auditing. Seriously dua paper tu buat aku cuak betul.

Tapi bila result aku dah terpampang keluar depan mata aku, ya Allah. Alhamdulillah sangat sangat sebab semua lulus dan aku officially graduated! Hanya Allah aje tahu betapa gembiranya aku bila aku dapat convo dengan kawan-kawan aku yang lain.


Akhirnya sekarang aku dah boleh lega sebab tak perlu risau pasal result final exam lagi dah. Next, aku boleh focus ambil test jpj pulak bulan 9 nanti. tu pun cuak juga. Nasib lambat lagi hahaaha tapi sebenarnya kalau boleh aku nak ambil test jpj hujung bulan 7 tapi jpj tak nak ambil test sepanjang bulan tu. Bulan 8 pulak dah full so terpaksa ambil bulan 9, redha jela yekk.

Okay tu je nak cerita hari ni. Bye

xoxo,

Alia.

You Might Also Like

0 comments

drop here your comment.:)